Tak mampu sewa rumah, anak beranak di Kelantan ini tinggal di kandang

Tak mampu sewa rumah, anak beranak di Kelantan ini tinggal di kandang. Pilu hati apabila melihat lapan beranak di Kampung Kuala Ayer Merah di sini, terpaksa tinggal dalam bangsal berikutan keluarga itu tidak mampu menyewa rumah.

Zuraini Pauzi, 47, berkata kemiskinan hidup menyebabkan dia bersama tujuh anaknya berusia tiga tahun hingga 18 tahun terpaksa berteduh di bangsal.

Sebelum ini, adik-beradiknya ada mempelawa keluarganya tinggal bersama mereka.

Namun disebabkan tidak mahu membebankan mereka yang mempunyai ramai anak serta bukan orang senang menyebabkan dia memilih untuk tinggal di bangsal yang hanya berdindingkan zink.

“Untuk menyara keluarga, saya bekerja sebagai tukang rumah dengan upah sekitar RM50 sehari.

Tak mampu sewa rumah, anak beranak di Kelantan ini tinggal di kandang

“Tiga anak saya yang bekerja di Johor Bharu, Johor ada mengirim wang belanja setiap bulan namun ia cukup sekadar untuk perbelanjaan kami sekeluarga di sini.

“Bangsal ini tiada kemudahan tandas dan setiap kali mandi, saya serta anak-anak terpaksa menumpang di rumah kakak atau ibu yang berdekatan selain elektrik juga terpaksa disambung dari rumah mereka.

“Ada kalanya, penduduk yang bersimpati akan menghulurkan makanan untuk kami,” katanya ditemui.

Terdahulu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed menziarahi keluarga berkenaan dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban selain bertanya keperluan yang diperlukan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Zuraini di talian 013-2900936.

Zuraini berkata, akibat kemiskinan hidup, dia terpaksa menyerahkan dua anaknya kepada saudara terdekat ketika anak-anaknya itu berusia tiga hari.

“Syukur anak-anak memahami kesusahan dialami dan mereka tidak pernah bersungut atau meminta apa-apa di luar kemampuan saya,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, dua anaknya iaitu Muhammad Mubarak Mohamad Albab, 16, hanya sempat bersekolah sehingga Tahun Enam manakala Nor Azmida Balqis, 14, pula mengambil keputusan untuk berhenti pada awal Januari lalu akibat kemiskinan hidup.

“Walaupun dua anak mengambil keputusan untuk berhenti sekolah disebabkan kedaifan, namun besar harapan saya dan berharap empat anak berusia tujuh hingga 12 tahun dapat terus bersekolah,” katanya.

BACA:

‘Awak sebenarnya dah guris hati ibu saya’, Nuha dihina netizen rupanya ini yang terjadi

Pemuda ini tunjuk cara potong barisan di Sunway Lagoon, ‘konfem’ berkesan..

Proton model baharu Proton S50 bakal dilancarkan, ini tarikh pelancarannya