Tak banyak job berlakon! Afdlin dedah syarat tak masuk akal

Tak banyak job berlakon! Afdlin dedah syarat tak masuk akal

Patutlah tak banyak job berlakon! Afdlin Shauki dedah syarat tak masuk akal .Pelakon dan pengarah tersohor, Datuk Afdlin Shauki berang dengan tindakan segelintir penerbit yang meletakkan jumlah pengikut satu juta di Instagram (IG) sebagai syarat pengambilan pelakon untuk sesebuah drama atau filem.

Afdlin yang pernah dinobatkan Pelakon Lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) 2001 menyifatkan, syarat dikenakan itu sebagai satu penindasan terhadap karyawan di negara ini.

“Patutlah tak banyak job (kerja) berlakon! Walaupun pernah (menang) pelakon lelaki terbaik FFM tiga kali dan anugerah Pengacara Terbaik Asia di Asian TV Awards di Singapura tapi akhirnya tewas di followers (pengikut) IG! Hahaha saya sayang Malaysia,” tulisnya di IG.

Tak

Afdlin adalah pelakon dan pengarah berprofil tinggi yang dikenali menerusi filem-filem terkenal seperti Buli, Buli Balik, Soal Hati, Mimpi Moon dan banyak lagi.

Dia juga pernah terlibat sebagai pelakon dalam filem antarabangsa, Anna And The King sekitar tahun 1999.

Afdlin atau nama sebenar Afdlin Shauki Aksan pada masa yang sama mahu pihak penerbit memikirkan kembali syarat yang dikenakan.

“Pakai otak la guys! Jangan kerana menindas karyawan macam ini satu hari nanti engkau orang bangun tidur pakai tracksuit (sut balapan) hijau bernombor di dada sebelah kiri dan dipaksa bermain konda kondi dan kalau kalah betul-betul, mati,” tambahnya.

Sebelum ini, Haji Zil dari Zeel Production House mendedahkan produksinya telah dikenakan syarat untuk meletakkan jumlah 1 juta pengikut di IG sebagai salah satu kriteria pengambilan pelakon.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/10/patutlah-tak-banyak-job-berlakon-afdlin-shauki-berang-syarat-1-juta-followers/

BACA: Rumah “tebakau’ di jual dengan harga RM1.7 juta

COMMENTS