Tajuddin nafi dirinya seorang gangster, orang yang salah faham wataknya

Tajuddin nafi dirinya seorang gangster, orang yang salah faham wataknya

Negara melihatnya beraksi di dalam dan di luar Dewan Rakyat. Walaupun ada yang menganggap beliau kurang berketrampilan, yang lain memandang banyak kenyataannya sebagai aneh.

Beliau dilihat sangat agresif, bahkan ada yang memanggilnya “gangster”.

Beliau berkata, orang lain menganggapnya sebegitu hanya kerana tidak mengenali Tajuddin Abdul Rahman yang sebenar.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menambah: “Saya sedar ada orang yang beranggapan begitu. Nak kata selesa memanglah, mana ada orang suka panggil kita dengan panggilan itu. Tetapi pada masa sama saya tak kisah.

“ Saya rasa mereka tak faham, tidak tahu membezakan gangster dengan lantang bercakap. Ini masalah persepsi.”

Beliau memberitahu FMT dalam wawancara eksklusif bahawa mereka yang menganggapnya terlalu agresif akan berubah fikiran setelah mengenalinya.

Ahli politik berusia 73 tahun itu berkata, pada suatu masa, bahkan anggota Wanita dan Puteri Umno juga takut untuk mendekatinya.

“Tetapi apabila mereka sudah mengenali, mereka akan lihat sisi lain dalam diri saya,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan terus bersuara, tegas dan memperjuangkan hak-hak rakyat.

Beliau berkata, dirinya tidak akan boleh bersabar dengan mereka yang ingin bermain politik, terutama yang lebih suka “berkawan dengan musuh” daripada mempertahankan perjuangan parti.

Selagi ada kewajaran mengikut keadaan, pengarah pilihan raya Umno itu berkata, beliau akan terus bersuara.

“Kenapa terlibat dalam politik jika tidak bersuara?”

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Beliau juga mengulas kenyataan bekas pengerusi CIMB, Nazir Razak baru-baru ini yang mendakwa bahawa banyak prinsip Dasar Ekonomi Baru tidak lagi berfungsi, malah sebaliknya menyebabkan disfungsi politik dan perpecahan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Nazir, anak perdana menteri kedua Malaysia dan arkitek DEB, Abdul Razak Hussein berkata, status quo tidak dapat dipertahankan dan beliau mempersoalkan sama ada pemimpin negara mempunyai inisiatif untuk membangun dan melaksanakan sistem politik, ekonomi dan sosial baharu.

Tajuddin tidak bersetuju dengan Nazir, dengan berkata, DEB masih diperlukan untuk menutup jurang ekonomi antara pelbagai kaum.

“Baiki saya setuju, tetapi apa idea (Nazir)? (Dan adakah) ia praktikal dan lebih baik daripada cara dulu.”

Ahli Parlimen itu berkata, dasar itu sudah betul, tetapi pelaksanaan dan komitmennya salah, selain menambah bahawa kesalahan tersebut tidak boleh ditanggung oleh Barisan Nasional (BN).

“Pelaksanaannya adalah di bawah Kabinet, perdana menteri dan menteri-menteri.”

Beliau berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mungkin bertanggungjawab sebahagiannya ke atas DEB kerana ia tidak dilaksanakan dengan baik disebabkan beliau melonggarkan syarat ekuiti Bumiputera untuk pelaburan langsung asing (FDI).

Sebagai contoh katanya, jika sebuah syarikat Jerman membuka perniagaan di sini, ia bebas untuk menubuhkan syarikat itu tanpa penyertaan penduduk tempatan.

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/03/saya-bukan-gangster-ramai-tidak-lihat-sisi-lain-saya-kata-tajuddin/

COMMENTS