“Tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas”, tulisan Fizi Ali undang persoalan

“Tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas”, tulisan Fizi Ali undang persoalan. Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, tiba-tiba memuat naik status sindiran berhubung percintaan dengan suami orang.

Hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Insta Story milik Fizi Ali secara tidak langsung mengundang tanda tanya daripada pengikutnya.

Bagaimanapun, Fizi tidak menyatakan secara terus siapakah individu yang dimaksudkan atau kepada siapakah status itu ditujukan.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya.

“Ingatkan sudah insaf. Sambung balik, tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas,” coretnya ringkas.

"Tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas", tulisan Fizi Ali undang persoalan

Terdahulu, Fizi pernah melepaskan rasa kesal dan amarahnya terhadap bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri.

Sebagai informasi, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan bercerai tiga tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

BACA:

Nak pajak Stadium Shah Alam, Vida ‘sound’ Norizam tak payah gebang

Emma Maembong mahu tambah anak lagi

LPT1, KLK bakal sesak menjelang Aidiladha