Syarikat Insurans enggan bayar Johny Depp, Amber Heard kebingungan

Syarikat Insurans enggan bayar Johny Depp, Amber Heard kebingungan. Syarikat insurans milik aktres, Amber Heard enggan menampung sebahagian daripada hutang ganti rugi AS$8.3 juta (RM36.7 juta) terhadap bekas suami, Johnny Depp berikutan perbicaraan saman fitnahnya pada Mei lalu, lapor portal berita MailOnline.

Heard mempunyai polisi liabiliti bernilai AS$1 juta (RM4.3 juta) dengan syarikat insurans, New York Marine and General Insurance Company yang diharapkan dapat menampung sekurang-kurangnya sebahagian daripada bil ganti rugi yang perlu diselesaikannya.

Polisi itu meliputi pelbagai jenis salah laku termasuk fitnah, namun terdapat klausa yang berkemungkinan akan membuatkan syarikat insurans enggan membayarnya.

Di bawah undang-undang California, negeri di mana polisi insurans itu dikeluarkan, syarikat tersebut mendakwa boleh menolak pembayaran berjumlah jutaan dolar jika Heard didapati melakukan salah laku itu dengan ‘sengaja’.

Syarikat Insurans enggan bayar Johny Depp, Amber Heard kebingungan

Syarikat Marin New York menyatakan dalam penentuan mereka bahawa hakim mendapati fitnah yang dilakukan oleh Amber adalah ‘sengaja’ dan ‘berniat jahat’.

Kesan daripada kekalahan Heard dalam perbicaraan itu masih berlanjutan dengan peguam Heard pada hari Jumaat menuntut perbicaraan baharu.

BACA:

Erra Fazira sudah kahwin dengan usahawan bertaraf jutawan?

Ibu luah rasa kecewa anak dipaksa makan sosej babi di sekolah

Harga durian bakal jatuh menjunam, pensyarah ini tunjuk kronologi