Sungai Klang, Langat melepasi paras bahaya, orang ramai diminta berjaga-jaga

Sungai Klang, Langat melepasi paras bahaya, orang ramai diminta berjaga-jaga. Paras air Sungai Klang di Stesen Bandar Klang dan Sungai Langat di Stesen RS Batu 8, Kuala Langat, melepasi paras bahaya setakat jam 7.45 pagi ini.

Menurut laman sesawang InfoBanjir, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang adalah 3.28 meter (bahaya) berbanding bacaan normal 2.2 m.

“Bagi Stesen RS Batu 8 Kuala Langat pula, bacaan air pada paras 2.35 m (bahaya) berbanding bacaan normal pada 0.1 m.

Sungai Klang, Langat melepasi paras bahaya, orang ramai diminta berjaga-jaga

“Sementara itu, tiga stesen setakat ini berada pada status amaran iaitu Jeti Teluk Penyamun (Kuala Selangor), Pekan Beranang (Hulu Langat) dan Kampung Rantau Panjang (Klang).

“Bagi Stesen Kampung Salak Tinggi (Sepang), Stesen Kampung Melayu Subang (Petaling) dan Batu 9 (Hulu Langat) masing-masing mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga,” demikian laporan itu.

Sementara itu, Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang turut melaporkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067,” menurut laman itu.

BACA:

‘Buat baik dibalas baik’, pemuda menangis dihadiahkan laptop, ini kebaikannya

‘Esok aku tak nak tengok nasi lemak kat sini!’, maruah peniaga di hina sekali ini yang jadi

Bomba tanggalkan cincin pada kemaluan, ini yang sebenarnya lelaki ini cuba lakukan