Sungai Galas, Sungai Golok di Kelantan lepasi paras bahaya

Sungai Galas, Sungai Golok di Kelantan lepasi paras bahaya

Sungai Galas, Sungai Golok di Kelantan lepasi paras bahaya.Banjir gelombang kedua yang sedang melanda di tiga daerah di negeri ini iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah dijangka bertambah buruk susulan hujan lebat apabila paras air sungai utama ketika ini semakin naik.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 9 pagi tadi melaporkan, sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak semalam bagi menempatkan 1,513 mangsa banjir daripada 445 keluarga di negeri ini.

Jeli menjadi daerah tertinggi yang terjejas dengan banjir apabila seramai 1,275 mangsa banjir telah ditempatkan di sembilan PPS, diikuti Kuala Krai (228 mangsa) dan Tanah Merah (10 mangsa).

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan dua sungai di Kelantan sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong Kuala Krai dengan 39.4 meter dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah setinggi 23.76 meter.

Bagaimanapun Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai dan Jambatan Guillemard, Tanah Merah sudah melepasi paras amaran.

Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Lebir di Tualang masih lagi berada pada tahap bacaan normal meskipun paras air semakin naik

 

Baca :[VIDEO] Kantoi Buat Perkara Tak Senonoh, Pasangan Kekasih Dihukum ‘Mandi Lumpur’

COMMENTS