Sudah jatuh ditimpa tangga ” Habis Kereta Tunda ‘Barai’ Dilanggar Lori

Sudah jatuh ditimpa tangga ” Habis Kereta Tunda ‘Barai’ Dilanggar Lori

Sudah jatuh ditimpa tangga ” Habis Kereta Tunda ‘Barai’ Dilanggar Lori,Sudah jatuh ditimpa tangga pula”. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki ini yang terlupa untuk menarik brek tangan lorinya.

kita boleh saksikan dalam video berkenaan, semasa pemandu lori itu sedang membelok di sebuah selekoh, kereta yang ditundanya itu telah terjatuh daripada bahagian belakang lori dan menggelungsur ke belakang.

Namun begitu, nasib lelaki tersebut bertambah malang apabila lorinya pula menggelungsur ke belakang dipercayai kerana terlupa menarik brek tangan sehingga merempuh ke kereta yang baru sahaja terjatuh dari lorinya itu sebelum berhenti dengan sendirinya selepas melanggar pembahagi jalan.

Lelaki berkeanaan dapat dilihat berusaha untuk memberhentikan kereta itu dengan mengejarnya. Mujur kereta itu dapat berhenti dengan sendirinya selepas melanggar pembahagi jalan yang terdapat di situ.

Hasil daripada rempuhan itu, kereta tersebut dilihat mengalami kerosakan dan kemek pada bahagian depannya.

Ketika menyedari bahawa lorinya itu sedang bergerak, kelihatan dia berusaha untuk memberhentikan dan menghalang lori itu daripada melanggar kereta berkenaan. Namun kerana tidak berdaya untuk menahan lori itu seorang diri, penyelamatan itu gagal dan kereta itu akhirnya dirempuh.

BACA:Wanita terima mas kahwin RM1.5 juta dari suaminya

COMMENTS