“Sudah jatuh di timpa tangga” Impian pengurus kilang mahu miliki kereta mewah lebur

“Sudah jatuh di timpa tangga” Impian pengurus kilang mahu miliki kereta mewah lebur

“sudah jatuh di timpa tangga” Impian pengurus kilang mahu miliki kereta mewah lebur.Impian seorang pengurus kilang untuk memiliki kereta mewah jenis Audi A4 lebur apabila dia bukan sahaja tidak mendapat kenderaan itu malah terpaksa menanggung kerugian hampir RM100,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 50 tahun itu terlihat iklan jualan kereta di laman Facebook pada 10 Ogos lalu.

Menurutnya, mangsa yang berminat dengan kereta Audi A4 yang dikeluarkan di Singapura itu terus berhubung menerusi aplikasi Messenger.

Gambar sekadar hiasan

“Tidak lama kemudian, mangsa mendakwa telah dihubungi seorang individu dikenali sebagai Mr Lee.

“Setelah bersetuju, mangsa membuat pembayaran menerusi 24 transaksi ke 14 akaun milik individu bermula 17 Ogos hingga 27 November lalu sebanyak RM91,520,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, selepas menyedari ditipu mangsa membuat laporan di Balai Polis Seremban pada 6 Disember lalu.

BACA: Sebuah ‘pondok misteri’ yang dikesan di permukaan Bulan

COMMENTS