Suara membela nasib IKS dan PKS tidak kedengaran di parlimen

Suara membela nasib IKS dan PKS tidak kedengaran di parlimen

Sepanjang aku mengikuti persidangan, Tidak ada mana mana pemimpin hatta pemimpin PH yang suarakan kepentingan pakej rangsangan Ekonomi terhadap IKS dan PKS.. Sedangkan ianya faktor penting dalam memacu Ekonomi.. IKS dan PKS juga penyumbang terbesar cukai dan peluang pekerjaan dalam Negara…

Biarpun depa ada sentuh berkenaan kelompok yang terjejas.. tidak ada satu cadangan yang tepat sepanjang perbahasan ahli parlimen.. Hatta Bila Ds Anwar pada jumaat lalu mengkritik pakej rangsangan Kerajaan PN ini tidak dapat memacu Ekonomi pada aku tepat.. malangnya dalam perbahasan semalam, Ds Anwar gagal sentuh sebarang cadangan atau kepentingan IKS itu dibantu.. Kalau ada pun ia hanya menyentuh soal Pelancongan.. Sedangkan masalah besar IKS dan PKS hari ini adalah aliran dan mudah tunai..

Perbahasan di parlimen, cadangan pemimpin hatta dari DAP sendiri gagal untuk faham kepentingan ini.. mereka masih dalam kerangka model penyelesaian Kerajaan PN, iaitu Moratorium dan KWSP.. Sedangkan itu bukan penyelesaian yang tepat dan bersasar..

Masalah hari ini disebabkan kita gagal mengenal pasti, dan mengstruktur segmen Masyarakat dan Ekonomi.. dalam mendepani wabak Covid-19 ini bukan menyentuh soal B40 atau M40.. Tetapi mereka yang berpendapatan dan hilang pendapatan..

Itu sebabnya aku memuji Singapura.. Singapura walaupun negara yang berpendapatan tinggi.. 70% dari rakyatnya membayar cukai.. Tetapi mereka dapat mensasarkan satu segmen kecil dalam masyarakat iaitu mereka yang bekerja sendiri dibawah skim (SIRS).. Ini yang wajib dibantu..

Di Singapura..mereka yang bekerja sendiri seperti artis, pelukis Penyanyi jalanan, pemandu teksi, grab sepenuh masa. Guru Quran dibantu SD 900(RM 2700) sebulan.. selama setahun.. Disini aku cadangkan model german diguna pakai.. iaitu mudah tunai atau akses pinjaman mudah untuk IKS dan PKS terlibat..

Sebagai Contoh..Ds Anwar sentuh tentang Pengusaha Kantin yang terjejas, Apa masalah depa.. ? Bila sekolah ditutup..mereka hilang sumber pencarian.. tapi mungkin depa dibantu dari sudut subsidi gaji, apakah itu penyelesaian yang tepat ? tidak.. Depa hanya mampu bertahan dengan membayar sewa dan liabiliti.. Prospek dari Perniagaan kantin itu sudah tidak ada..

Jika mereka contohnya diberikan akses Pinjaman mudah, mereka dapat beralih kepada sumber pendapatan dan perniagaan yang baru.. Sebagai contoh dari perniagaan kantin depa beralih untuk membuka Restoran dengan modal pinjaman..Disinilah depa dapat menyumbang untuk hidupkan ekonomi..hatta dapat menyelamatkan sebahagian besar pekerja depa…. Begitu juga pengusaha Teksi, Bas Sekolah.. ada ketika Moratorium itu tak membantu untuk mereka terus kekal bertahan dalam perniagaan..

Bagaimana mereka yang bekerja sendiri ? Cuba kita lihat mereka yang berniaga kecil kecilan.. yang mencari rezeki dengan jual burger..Jual nasi lemak, Berniaga pasar malam, Berniaga pasar tani, petani.. mereka ini terjejas..Kebanyakan depa ini sebenarnya takda simpanan KWSP pun.. Kalau ada pun mungkin ketika mereka pernah bekerja sementara dulu..kelompok inilah yang disebutkan KWSP lebih 30% takda simpanan lebih dari RM 5 ribu.. dan 70% tidak punya simpanan lebih RM 5 0ribu..Itu memang betul..

Itu sebabnya.. Dalam kita hadapi Covid-19 ni.. Dengan melihat kepada Moratorium dan KWSP bukanlah penyelesaian sebenar.. Negara lain tak berbangga nak buat Moratorium ni.. Maaflah..Tetapi dengan model Singapura dan german itu bagi aku yang paling tepat.. menyasarkan betul betul mereka yang benar benar hilang dan terjejas pendapatan.. bukan soal B40 atau M40..

Kalau B40 pun sebagai contoh dari kalangan penjawat awam.. dalam keadaan pandemik ni ? apa beza kehidupan dan pendapatan depa dari sebelum dan waktu Covid-19 ..takda beza pun.. tapi kelompok ini juga dapat manfaat bukan hanya Bonus, tetapi BSH dan BPN..

Siapa yang benar benar yang sepatutnya jadi sasaran Kerajaan..Mereka yang menganggur dan Kehilangan Pekerjaan.. mereka yang bekerja sendiri dan Peniaga kecil kecilan.. begitu juga segmen peniaga Mikro dan PKS.. Inilah cara Korea Selatan keluar dari kemelesetan Ekonomi tahun 1998.. kelompok ini diberikan tumpuan..

Jika kelompok sasar ini dibantu dengan mudah tunai, Pinjaman mudah..tak timbul soal makcik kantin, pemandu bas.. atau apa saja jenis pekerjaan depa.. sebab segmen ini dibantu untuk depa keluar dari masalah depa..
Nampaknya Pemimpin PH juga masih belum cukup faham tentang realiti Masyarakat dan Ekonomi di Malaysia.. terutama melibatkan bumiputera..

Ipohmali

Sumber :

COMMENTS