Suami roboh rumah guna jengkaut ,Berang isteri curang

Suami roboh rumah guna jengkaut ,Berang isteri curang

Suami roboh rumah guna jengkaut ,Berang isteri curang.Seorang lelaki dari daerah Trenggalek, wilayah Jawa Timur bertindak agresif apabila merobohkan rumahnya menggunakan jengkaut kerana berang selepas mengetahui kisah kecurangan isterinya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang tular di TikTok, kelihatan sebuah jengkaut sedang merobohkan sebuah rumah di satu kawasan perkampungan.

Orang ramai turut berkerumun di tepi jalan untuk menyaksikan kejadian itu.

Menurut pelbagai sumber, pemilik rumah itu membuat keputusan untuk merobohkan rumahnya kerana berang apabila mengetahui bahawa isterinya mempunyai kekasih gelap.

@gusti_hamidlgi viral.suami kesal robohkan rumah,akibat istri selingkuh.

♬ Gambaran Hati Male Cover Pionir by Albrew – 🄰🄻🄱🅁🄴🅆 🔵

Sejurus mengetahui perkara itu, lelaki berkenaan yang bekerja di bandar terus pulang ke kampung dan merobohkan kediaman tersebut.

Video itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang menyokong dan membantah tindakan lelaki berkenaan.

“Buat anda yang meminta lelaki itu agar jangan terlalu mengikut emosi dan menyelesaikan masalah secara baik, anda pasti belum pernah merasai perasannya apabila berada di tempatnya,” kata seorang netizen.

BACA: Gadis jelita penjual siomay tepi jalan curi tumpuan

COMMENTS