Suami mengaku diri sebagai gay,Wanita nekad bunuh diri

Suami mengaku diri sebagai gay,Wanita nekad bunuh diri

Suami mengaku diri sebagai gay,Wanita nekad bunuh diri.Seorang wanita nekad membunuh diri selepas mengetahui bahawa suami yang dikahwininya adalah seorang homoseksual atau gay, lapor portal Oriental Daily, baru-baru ini.

Mangsa berusia 31 tahun yang juga seorang doktor dilaporkan terjun dari bangunan tempat tinggalnya sehari selepas diceraikan oleh suaminya.

Menurut siasatan polis, hubungan suami isteri ini mula bermasalah apabila suami mangsa enggan tidur sekatil selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Lelaki itu juga enggan memberi sebarang alasan atas tindakannya hingga menyebabkan mangsa terpaksa meminta pendapat daripada netizen media sosial.

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa suami mangsa sebenarnya seorang gay lalu wanita itu memberanikan diri berdepan dengan lelaki tersebut.

Suami mangsa pada mulanya mengaku dirinya biseksual iaitu bernafsu kepada lelaki dan wanita.

Suami

Namun begitu, penipuan kali keduanya terbongkar apabila mangsa menemui pesanan ringkas di telefon bimbit yang memaparkan perbualan dengan kekasih suaminya yang merupakan seorang lelaki.

BACA: Gadis batal nikah ustaz selepas kantoi sudah beristeri

Selepas lelaki itu mengaku dirinya sebenarnya gay, mangsa diceraikan sebelum wanita itu mengambil keputusan membunuh diri.

Ibu bapa mangsa memaklumkan ingin mengambil tindakan ke atas suaminya yang dianggap punca kematian anak tunggal mereka.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/01/wanita-bunuh-diri-selepas-suami-mengaku-diri-sebagai-gay/

BACA: Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

COMMENTS