Suami Kantoi Hisap Vape Depan Isteri

Suami Kantoi Hisap Vape Depan Isteri

Suami Kantoi Hisap Vape Depan Isteri . Dalam hubungan suami isteri, tentunya bergurau senda sudah menjadi satu perkara biasa yang memeriahkan lagi alam perkahwinan ini. Macam gelagat pasangan suami isteri ini yang membuatkan netizen terhibur gara-gara si suami yang kantoi menghisap vape di hadapan isterinya.

Suami

Bukan hanya kantoi dengan si isteri, malah lelaki itu juga turut dimarahi sehingga ditarik telinganya selepas kantoi menghisap vape. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama berdekah melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, rakan kepada lelaki itu merakamkan gelagatnya yang kantoi dengan isterinya sendiri selepas menghisap vape. Malah lelaki itu juga turut kelihatan takut dan menahan ketawanya apabila si isteri tiba di kawasan itu.

Dalam masa yang sama, lelaki itu cuba melindungi dirinya memandangkan si isteri memarahinya sambil memegang gunting di tangan. Lebih melucukan, rakannya juga hanya mampu berdekah melihat reaksi lelaki itu yang gelabah selepas kantoi menghisap vape.

suami isteri

Tidak cukup dengan itu, si isteri kemudian menarik telinga suaminya itu sambil lelaki itu memulangkan semula vape tersebut pada rakannya. Pada penghujung video, lelaki itu kemudian melarikan diri meninggalkan isterinya itu sekaligus membuatkan rakannya berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi cuak dari lelaki itu selepas kantoi menghisap vape. Malah ada yang turut terhibur melihat nasib lelaki itu yang akhirnya ditarik telinga oleh isterinya sendiri.

Sumber: https://www.riverbed.me/2021/09/26/lelaki-kantoi-hisap-vape-depan-isteri-bikin-berdekah/

Baca: Wanita leka berintim di balkoni jatuh terduduk atas kereta

COMMENTS