Suami hadiahkan isteri kereta Mazda untuk anniversary

Suami hadiahkan isteri kereta Mazda untuk anniversary

Suami hadiahkan isteri kereta Mazda untuk anniversary.
Tak salah rasanya andai seorang suami memberikan hadiah atau kejutan buat isteri tersayang sebagai tanda menghargai wanita tersebut yang setia berada di sisi sepanjang perkahwinan.

Walaupun wanita tersebut tidak meminta, namun sebagai suami, memberi kebahagiaan kepada orang tersayang sememangnya satu kewajiban.

Hadiah untuk anniversary
Menerusi satu perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tiara_mariana, dia telah memuat naik satu video mengenai kisah seorang pelanggannya yang membuat kejutan kepada isteri dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah.

@tiara_marianaThankyou for ur Trust n Support me Again 😎✔️ #MazdaJohor #MazdaMalaysia #Mazda3♬ This Love – Davichi

Suami
Difahamkan, lelaki tersebut seorang yang pemalu, namun isterinya sendiri tidak sangka yang suaminya akan menghadiakan sebuah kereta Mazda. Dia sempat berseloroh dengan memaklumkan bernasib baik memakai pakaian yang kemas kerana ikutkan mahu memakai kain batik sahaja ketika keluar dari rumah tadi.

Rileks je dua2 pakai selipar
Selain daripada kejutan yang dilakukan oleh lelaki itu kepada isterinya, penampilan mereka yang sederhana juga menjadi perhatian warganet.

Masing-masing mengatakan bahawa orang yang benar-benar kaya tidak perlu berpenampilan ‘over’ untuk terlihat berada kerana biasanya mereka lebih memilih berpenampilan sempoi seperti pasangan tersebut.

sumber: https://ohmymedia.cc/suami-hadiahkan-isteri-sebiji-mazda-sempoi-masuk-showroom-kereta-pakai-selipar/

BACA: Cemas Kepala Air Tiba-tiba ‘Menyerang’, Dua Dilapor Maut, Seorang Masih Hilang

COMMENTS