Suami cemburu didakwa tetak Isteri 55 tahun hingga maut

Suami cemburu didakwa tetak Isteri 55 tahun hingga maut

Suami cemburu didakwa tetak Isteri 55 tahun hingga maut.Seorang suami berusia 59 tahun ditangkap polis baru-baru ini gara-gara didakwa menetak isterinya sendiri hingga maut, lapor Suara.com.

Ketua Polis Daerah Labuhan Batu, Anhar Arlia Rangkuti berkata, punca pembunuhan tersebut adalah disebabkan rasa ‘cemburu’ suspek terhadap mangsa yang berusia 55 tahun itu.

“Mangsa selalu menolak ajakan suspek untuk ‘bersama’.

“(Malah) kedua-duanya sering bergaduh kerana masalah rumah tangga,” katanya, memetik laporan tersebut.

Jelas Anhar, segalanya bermula ketika suspek dan mangsa pergi ke ladang getah pada Selasa, kira-kira pukul 7 pagi untuk menoreh.

Bagaimanapun di sana, suspek bertindak menetak leher dan tangan mangsa dipercayai menggunakan sebilah parang.

Mangsa kemudiannya maut di lokasi kejadian, lalu suspek tekad membuang parang tersebut di gaung berdekatan dan melarikan diri.

Mayat mangsa akhirnya ditemui penduduk tempatan yang melalui kawasan itu pada pukul 11 malam, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Suspek yang didapati bersembunyi di satu lokasi akhirnya berjaya dihidu pihak polis sebelum diberkas pada Rabu.

Menurut Anhar, suspek telah didakwa dan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

BACA: 10 lokasi di Cameron Highlands alami tanah runtuh

COMMENTS