‘Spiderman’ terkedu, aksi wheelie ‘Superman’ bertukar tragedi

‘Spiderman’ terkedu, aksi wheelie ‘Superman’ bertukar tragedi.ebuah video berdurasi 26 saat telah membuatkan para netizen tak mampu menahan gelak apabila melihat ‘spiderman’ terkedu dengan aksi wheelie yang ditunjukkan oleh penunggang motosikal berakhir dengan kemalangan.

Di dalam video tersebut, kelihatan seorang pemuda yang menjual jeruk di jalanan memakai kostum ‘spiderman’ tergamam melihat kemalangan yang berlaku di depan matanya.

Penunggang motosikal kemalangan buat aksi ‘wheelie’

Menurut Kosmo, kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di Bangi. Kelihatan di dalam video tersebut, penunggang motosikal yang membuat aksi ‘wheelie’ itu tidak memakai topi keledar.

Aksi penunggang motosikal itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, namun turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Netizen yang menonton video tersebut geli hati melihat ‘spiderman’ tersebut hanya terdiam dan tak mampu membantu penunggang motosikal yang berlagak seperti ‘superman’ itu. Yelah, tiba-tiba je nak tunjuk lagak buat ‘wheelie’ tapi lain jadinya.

BACA : Fizo Omar tampil perjelaskan ape sebenarnya yang berlaku
Selepas Sah cerai, Siti Saleha kehilangan datuknya pula
Wajah Polis PBB Berhijab Indonesia Buat Ramai Jejaka Cair