‘Sorry Sarawak cannot delivery, out of Malaysia’ jawapan peniaga ini buat pelanggan dari Sarawak tersinggung

‘Sorry Sarawak cannot delivery, out of Malaysia’ jawapan peniaga ini buat pelanggan dari Sarawak tersinggung

Tak sangka masih ada antara kita rakyat Malaysia yang mengatakan Sabah dan Sarawak tidak termasuk negeri dalam Malaysia.

Situasi ini dikongsikan seorang pembeli dari Sarawak yang menerima layanan yang mengejutkan dari seorang penjual dari Semananjung Malaysia yang melakukan perniagaan secara online.

Ini apabila penjual terbabit mendakwa pihak mereka tidak melakukan penghantaran barang luar dari Malaysia dan mengatakan Sarawak tidak termasuk dari negeri Malaysia.

Selepas isu ini menjadi viral, pihak pengursan kedai terbabit dikatakan menghubungi semula pembeli terbabit dan meminta maaf atas kesilapan salah seorang pekerja mereka yang turut menawarkan potongan harga sehingga 50%.

Apapun ia sudah terlambat kerana pembeli terbabit sudah tidak berminat untuk melakukan sebarang pembelian walaupun telah menerima permohonan maaf mereka.

Kami yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang buta geografi negara sendiri, tapi perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/peniaga-dakwa-sarawak-bukan-dari-malaysia-tidak-lakukan-penghantaran-ke-negeri-itu/

COMMENTS