SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir -Khairy Jamaluddin

SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir -Khairy Jamaluddin

SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir.Semalam, Meskipun masih dalam pertimbangan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Memetik laporan portal Sinar Harian, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbarnya pada Jumaat meminta agar rakyat Malaysia bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri.

Katanya, perbincangan telah dilakukan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi tujuan terbabit. Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri juga berada dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap. Kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan bakal mengundang risiko, berikan tempoh sikit lagi,” kata beliau dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

SOP

Menurut Menteri Kesihatan lagi, masih terdapat beberapa negeri yang masih rendah nilai ambang vaksinasi seperti Sabah, Kelantan, Perak, Kedah, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

Tambah beliau, menjelang akhir September, semua negeri akan mencapai liputan dos vaksin lengkap dalam kalangan individu dewasa sebanyak 60 peratus.

Dalam pada itu, kata sumber, makmal-makmal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi (MOSTI) telah diarahkan untuk menjalankan penjujukan genom terhadap kes import bagi mengesan kehadiran varian baharu, Mu.

Kata Khairy Jamaluddin lagi, setakat ini, Malaysia tidak melaporkan sebarang kes berkaitan varian terbabit.
Sumber: https://lobakmerah.com/sop-rentas-negeri-dalam-peringkat-akhir-sebelum-dikemukakan-kepada-mkn-khairy-jamaluddin/

BACA: [VIDEO] Pemuda Tak Cukup 14 Hari Hanya Mampu Tengok Dari Luar Kedai

COMMENTS