Sokong BN, ‘Mat Kilau’ nasihat kempen secara berhemah

Sokong BN, ‘Mat Kilau’ nasihat kempen secara berhemah. Pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra, 41, sebelum ini dilaporkan akan turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Terbaharu, Adi Putra memuat naik sebuah hantaran mengenai Pilihan Raya Umum di laman media sosialnya.

Menerusi hantaran tersebut, Adi berpesan kepada semua pihak agar sentiasa mengamalkan politik matang dalam berkempen.

Sokong BN, 'Mat Kilau' nasihat kempen secara berhemah

“Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang.

“Walau perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati.

“Selamat berkempen PRU 15. Agama, Bangsa, Negara,” tulis Adi di ruangan kapsyen.

Hantaran berbentuk video itu memaparkan video dan foto pelakon itu mengenakan baju sesebuah parti politik.

September lalu, Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor.

BACA:

Kasih Penguin..sanggup berenang ribuan batu setiap tahun jumpa lelaki yang selamatkannya

Penonton risau Kak Lina ‘hyper’ sangat atas pentas, risau astro hantar Wad Gila

‘Peminat panggil Rahim macam member-member je’