Skim Perumahan Belia BSN Subsidi RM200 Sebulan

Skim Perumahan Belia BSN Subsidi RM200 Sebulan

Semua orang mestilah nak merasa beli rumah sendiri kan, tapi bila pendapatan agak rendah atau tiada pendapatan tetap mesti susah nak dapatkan pinjaman perumahan.

Bayangkan betapa kecewanya bila dah hantar permohonan, lepas tu kena tolak dengan bank. Aduh, rasa macam apa lagi nak buat supaya dapat beli rumah ni?

Jangan bimbang, sebab BSN sekarang ni perkenalkan satu lagi skim pembiayaan perumahan khas untuk rakyat Malaysia dikenali sebagai BSN MyHome atau Program Perumahan Rakyat.

Apa Itu BSN MyHome 2021
BSN MyHome 2021 adalah skim pembiayaan khas untuk mereka yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap.

Pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM300,000. Memang dalam julat harga rumah mampu milik saja.

Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia

Menariknya, tempoh pembiayaan boleh sampai 100% tau! Ni siap dengan MRTA/MRTT dan LTHOT. Dengan tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun.

Kadar Faedah BSN MyHome 2021
Bila dah buat pinjaman perumahan, benda paling nak tahu mestilah kadar faedah kan? Apatah lagi dengan OPR yang rendah sekarang ni. Jadi, ini kadar faedah ditawarkan BSN MyHome 2021

Amaun Pinjaman

Tempoh (Tahun)

Kadar Faedah Efektif (EIR)

Hartanah Siap Dibina

RM100,000 dan ke bawah

Sepanjang tempoh pembiayaan

KA + 3.00%

>RM100,000 sehingga RM300,000

1-2

KA + 1.20%

Seterusnya

KA + 1.20%

*KA – kadar asas

bsn myhome 2021

Kelayakan Mohon BSN MyHome 2021
Dah tahu apa skim ni, dah tahu kadar faedah, anda berminat nak mohon? Jom tengok kelayakan yang anda kena ada.

Kelayakan Mohon BSN MyHome

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18-60 tahun
  • Pemohon individu/bersama
  • Ada bukti bekerja sendiri
  • Pendapatan bulanan minimum RM1,000
  • Hanya untuk rumah pertama didiami sendiri
  • Hanya untuk hartanah kos rendah/ sederhana

Cara Mohon BSN MyHome 2021
Anda hanya perlu ke cawangan BSN terdekat atau muat turun borang ni dan hantar. Mudah kan?

Sebenarnya, BSN dah banyak kali buat skim sebegini khas untuk mereka yang mahu beli rumah tapi banyak halangan.

Sebelum ni, BSN juga tawarkan Skim Perumahan Belia (SPB) tau. Apa pula skim ni?

PGMY_No_1

Ada Apa Dengan Skim Perumahan Belia (SPB)?
SPB ni ditawarkan sejak tahun 2018 lagi, cuma ia tak digembar-gemburkan sangat, jadi ramai juga yang masih tak tahu pasal skim ni.

Bantuan ni adalah salah satu cara untuk membantu mereka yang tak berkemampuan untuk membiaya hartanah yang hendak dibeli, tak kiralah rumah yang dah siap, rumah subsale, atau yang tengah dalam pembinaan.

skim perumahan belia bsn

Bantuan Belia RM1000

Buat masa ni, kerajaan dah merancang untuk melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.

Ini akan memberikan masa yang lebih panjang kepada mereka yang layak untuk memohon bantuan supaya dapat memiliki rumah pertama.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuat pengumuman bahawa Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional menawarkan jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas.

Ia boleh digunakan untuk membayar 10% deposit rumah yang hendak dibeli. Ni bermakna anda boleh mendapatkan pinjaman perumahan penuh tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri pun.

Sangat beruntung lah sebab banyak juga 10% tu. Kalau beli rumah harga RM450,000, duit deposit dah RM45,000. Banyak kan nak bayar sekaligus?

Satu lagi yang menarik pasal skim ni ialah kalau anda membeli rumah pada harga RM300,000 dan ke bawah, anda layak untuk mendapatkan 100% pengecualian duti setem untuk surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan.

Selain tu, untuk kemudahan pembiayaan perumahan SPB, BSN akan memberi dana subsidi sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun untuk mereka yang layak.

skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn, skim perumahan, skim perumahan belia bsn, cara memohon skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn 2020

Maknanya, kalau anda membeli rumah yang kena bayar RM1,000 sebulan, bila dah tolak subsidi, anda hanya perlu bayar RM800/bulan je untuk 2 tahun yang pertama dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju/penjual.

Tambahan lagi, kos MRTA/MRTT akan dibiayai sehingga jumlah maksimum 5% dari harga beli rumah anda. Bagus lah tu, sebab insurans pinjaman rumah memang diperlukan untuk melindungi anda dan keluarga!

Tapi, sangat penting untuk semua tahu yang skim ni terhad kepada 20,000 unit rumah sahaja, dan ia berkonsepkan ‘siapa cepat, dia dapat’ (kira macam Skim MyDeposit la).

Jadi, lepas baca artikel ni, boleh terus cepat-cepat pergi hantar permohonan pada BSN okay!

Syarat Permohonan Untuk Skim Perumahan Belia
Bagi yang berminat untuk memohon Skim Perumahan Belia BSN 2020, sila semak dahulu jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut.

Syarat

  • Penjelasan
  • Taraf warganegara
  • Hanya warganegara Malaysia layak memohon
  • Umur
  • Pemohon perlu berusia antara 25 hingga 40 tahun
  • Status perkahwinan
  • Pemohon perlu sudah berkahwin
  • Pendapatan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tak lebih RM10,000
  • Status rumah
  • Hanya untuk pembeli rumah pertama
  • Status akaun BSN Giro/Giro-i
  • Wajib ada akaun untuk bayar ansuran bulanan melalui akaun BSN

skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn, skim perumahan, skim perumahan belia bsn, cara memohon skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn 2020

Cara Memohon Skim Perumahan Belia
Terdapat dua cara memohon skim ni bagi mereka yang layak. Boleh gunakan cara manual atau online:

Untuk manual – muat turun borang yang perlu di isi.
Untuk online – sila layari laman web rasmi BSN.
Permohonan juga perlu dilengkapkan dengan beberapa dokumen seperti:

Borang Wajib Dihantar

Borang Perlu Dihantar Jika Bekerja Sendiri

Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN

  • Surat Perjanjian Jual Beli/resit deposit/proforma pesanan pembelian
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/EC
  • Borang B/BE dan resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan surat penyata bank 6 bulan terkini
  • Dokumen-dokumen lain (jika berkenan atau perlu)

skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn, skim perumahan, skim perumahan belia bsn, cara memohon skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn 2020

Selepas semua dokumen disediakan dan borang telah diisi dengan lengkap, anda bolehlah pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk memohon!

Apabila dah siap dan permohonan sudah lulus, ansuran pinjaman boleh dibayar balik melalui kaedah kredit menggunakan akaun BSN Giro/Giro-i.

Apakah Kelebihan Skim Perumahan Belia?
Selain daripada yang dinyatakan di atas, antara ciri-ciri menarik lain tentang skim BSN MyHome ini adalah:

Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan.


Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah, dan anda boleh menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.
Skim ini hanya untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000.
Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga 35 tahun maksimum (tertakluk kepada had umur tak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pinjaman).

Apakah Kekurangan Skim Perumahan Belia?
Macam semua benda kat luar sana: Bila ada kelebihan, mesti ada la juga kekurangannya. Tapi, tak ada yang buruk pun pasal skim belia ni!

Cumanya… anda harus tahu yang kadar faedah untuk skim ni agak tinggi sikit berbanding pinjaman perumahan yang biasa boleh dapat.

Kadar faedah ni adalah seperti yang dah ditetapkan di portal rasmi BSN berdasarkan terma dan syarat:

Antara kadar asas +0.60% hingga kadar asas +3.00%, bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pembeli.
Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun serta tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR +0.80%*.
Kadar asas BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.
Selain tu, beberapa perkara lagi yang perlu anda tahu ialah:

Rumah yang dibeli dengan SPB BSN tak boleh dijual atau dipindah milik kepada orang lain selama 5 tahun dari tarikh pembelian.
Anda perlu membayar duti setem bagi rumah bernilai lebih RM300,00
Anda perlu membayar yuran pengeluaran (disbursement fee), yuran penilaian harta, dan yuran yang berkaitan dengan dokumen sekuriti.
Jadi, sangat penting untuk anda mempunyai simpanan sendiri walaupun ingin memohon bantuan daripada kerajaan.

skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn, skim perumahan, skim perumahan belia bsn, cara memohon skim perumahan belia, skim perumahan belia bsn 2020

Jika anda adalah antara golongan belia yang sukar untuk mendapatkan rumah, atau mungkin tersepit kerana tak dapat memohon pinjaman perumahan, skim perumahan ni mungkin boleh membantu anda.

Rebutlah peluang ni dengan menghantar permohonan SPB BSN secepat mungkin, dan anda mungkin dapat memiliki rumah pertama sendiri bersama pasangan anda!

COMMENTS

Exit mobile version