Sistem lama punca bekalan air Selangor mudah untuk dicemari

Sistem lama punca bekalan air Selangor mudah untuk dicemari

Masalah air Selangor ini punca utamanya ialah rekabentuk ‘intake water system’ yang sudah outdated. Rekabentuk mengambil air terus dari sungai untuk dirawat sudah tidak lagi sesuai di negeri yang padat penduduk dan padat industri.

Ramai orang menyalahkan kilang haram sebagai punca pencemaran sungai. Kilang haram memang satu masalah besar yang sentiasa ditangani, tetapi itu bukan punca utama pencemaran sungai. Sungai boleh tercemar akibat bahan buangan tertentu yang tidak dilupuskan dengan betul. Bahan ini boleh datang dari pelbagai sumber, bukan hanya kilang haram di pinggir sungai malah juga dari premis perniagaan yang sah yang terletak jauh dari sungai.

Dalam satu kes sebagai contoh, siasatan polis dan JAS mendapati punca pencemaran sungai bermula bila terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab membuang sisa bahan kimia ke dalam sewerage manhole di Bukit Mahkota yang jauh dari sungai. Polis mengesyaki ia dibuat oleh kumpulan memproses dadah yang boleh di buat di rumah atau apartment. Oleh kerana loji IWK tidak dapat mengesan dan mengasingkan bahan tercemar ini, ianya kemudian masuk ke dalam sungai. Pencemaran sungai hanya dikesan setelah berminggu perbuatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan. Ia boleh juga berlaku dari mana-mana bengkel kenderaan yang beroperasi secara sah, tetapi bertindak membuang bahan tercemar begitu sahaja kerana mahu menjimatkan kos operasi. Ini pernah berlaku di Rawang dan kes sedang dibicarakan di mahkamah.

Bayangkan ada berapa puluh ribu sewerage manhole di Selangor. Anda fikir pihak berkuasa mampu untuk pantau?

Pencemaran sungai boleh berlaku melintas sempadan negeri seperti yang kerap berlaku di Sungai Semenyih yang menerima aliran air dari Negeri Sembilan.

Penguatkuasaan sahaja tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah air Selangor. Selain menambah usaha penguatkuasaan, rekabentuk system water intake di loji rawatan perlu ditambah baik. Mengambil air terus dari sungai untuk dirawat sudah tidak sesuai. Menguji sampel air di tempat water intake masuk ke loji rawatan juga sudah terlewat.

Apa yang perlu dilakukan ialah membina kolam takungan air yang besar sebagai reserve sebelum mengambil air untuk dirawat. Ujian sampel air perlu dibuat sebelum air sungai masuk ke kolam takungan besar. Dengan cara ini, sekiranya berlaku pencemaran sungai, ia dapat dikesan lebih awal dan aliran air masuk ke kolam takungan boleh ditutup tanpa perlu menutup loji rawatan air. Rezab air di kolam takungan hendaklah mencukupi untuk menampung keperluan bagi tempoh masa membersihkan sungai dari pencemaran yg dikesan.

Ia memerlukan biaya besar untuk membina kolam takungan ini. Namun ianya satu kemestian yang tidak boleh dielak. Saya difahamkan, Kerajaan Negeri sudah mula menyediakan peruntukan untuk usaha ke arah perlaksanaannya di dalam belanjawan Selangor baru ini.

Tahniah … semoga berjaya.

Sumber :

COMMENTS