Sireh pulang ke gagang, Tengku Asyikin baca berita semula selepas 5 tahun

Sireh pulang ke gagang, Tengku Asyikin baca berita semula selepas 5 tahun

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.

Memetik laporan Harian Metro, baginda tampil menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara kira-kira 15 minit bersempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75.

Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim berkata, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan berita yang disunting olehnya.

Katanya, ia merupakan kemunculan kali pertama baginda di kaca TV selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor lima tahun lalu.

Kali terakhir baginda tampil sebagai pembaca berita adalah pada 31 Ogos 2016 lalu.

Dalam pada itu, penampilan khas baginda mengejutkan ramai pihak termasuk pengguna media sosial yang rata-rata memuat naik video baginda dengan memuji kerana masih berbakat menyampaikan berita.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/02/tengku-permaisuri-selangor-buat-kemunculan-istimewa-baca-berita-rtm/

COMMENTS