Sindiket kahwin di Siam makin berleluasa, iklan bersepah di Facebook

Sindiket kahwin di Siam makin berleluasa, iklan bersepah di Facebook. KISAH mengenai segelintir rakyat Malaysia yang memilih untuk bernikah di Selatan Thailand bukanlah satu isu baharu.

Kebiasaannya pilihan itu dibuat kerana perkahwinan mendapat tentangan keluarga, malah ada juga yang bernikah di Thailand kerana mahu berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.

Sebuah laman Facebook dikenali sebagai ‘Pakej Nikah Thailand’ dilihat aktif mempromosikan perkhidmatan mereka sehingga posting yang dimuat naik meraih perhatian netizen.

Sindiket kahwin di Siam makin berleluasa, iklan bersepah di Facebook

Antara pasangan yang berkahwin di negara jiran.

“Pihak kami menyediakan servis yang terbaik dan mengikut undang-undang syariah dalam Islam. Segala dokumen yang diperlukan untuk convert pada sijil nikah, poligami, cerai, fasakh di mahkamah syariah Malaysia disediakan pihak kami oleh jabatan, pejabat, kadi yang ditauliah dan sah.

Sindiket kahwin di Siam makin berleluasa, iklan bersepah di Facebook

“Kepada individu atau pasangan yang berminat untuk nikah, kahwin, poligami atau cerai dan fasakh, anda boleh booking dengan Encik Mie,” tulis pengendali akaun Facebook itu.

Pemilik Facebook itu turut menyenaraikan empat pejabat agama di Selatan Thailand sebagai lokasi perkhidmatan mereka.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat.

Menurut pemilik Facebook itu lagi, pihaknya juga ada menyediakan pakej tertentu buat pelanggan dari Malaysia termasuklah penginapan ketika mereka berada di sana.

“Antara pakej yang terdapat dalam pakej kami bagi urusan nikah, kahwin, poligami dan cerai atau fasakh adalah pengangkutan pergi balik, penginapan dua hari satu malam, sijil dan salinan yang sah, gambar akad, urusan kadi, wali, saksi dan semua urusan di Pejabat Agama Islam Selatan Thailand,” ujarnya lagi.

Dalam posting sama, pemilik Facebook turut mempromosikan perkhidmatan lain yang ditawarkan mereka.

Antaranya, perkhidmatan peguam syariah dari Pahang, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur serta tempahan pembelian barang-barang borong seperti baju, seluar, tudung, barang mekap, produk kecantikan, kasut, makanan, buah-buahan dan alat ganti motosikal dari Selatan Thailand.

Facebook yang aktif sejak tahun 2018 itu turut berkongsi beberapa foto, memaparkan upacara pernikahan yang dipercayai melibatkan rakyat Malaysia.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai netizen meninggalkan pelbagai komen termasuklah yang berjenaka serta berminat dengan pakej itu.

“Nasib baik tak ada suami. Kalau tidak aku kena jadi tukun dalam ni jadi pemerhati.

Sindiket kahwin di Siam makin berleluasa, iklan bersepah di Facebook

Antara foto yang dikongsi oleh pemilik Facebook itu.

“Boleh tahan ramai juga peminat kahwin ramai ni ya, Masyuk pak haji.

“Saja lalu sini, kot-kot ada gambar iras suami saya.

“Nak komen tanya harga takut bini nampak,” tulis beberapa individu berseloroh.

Berhubung kes kahwin lari di Selatan Thailand, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat:

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.

2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah.

3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin di atas alasan syarak di tempat dia bermustautin.

4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

BACA:

Wanita tak sangka dapat ayah tiri lebih muda dari dirinya

Ini video bukti kad merah Azam Azmi adalah tak sah

Isteri kena dakwa sebab belasah suami, puncanya buat ramai terkejut