Siapa gerangan wanita yang hantar sihir untuk ganggu Bella Astillah, Aliff?

Siapa gerangan wanita yang hantar sihir untuk ganggu Bella Astillah, Aliff?. “Aliff mimpi saya bawa masuk lelaki ke dalam rumah. Bila tanya ustaz, dia beritahu itu petanda yang tidak baik,” kata penyanyi, Bella Astillah mengenai keadaan suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz yang mengalami gangguan sihir atau ilmu hitam selama lebih sebulan.

Bella berkata, dia bagaimanapun bersyukur apabila Aliff sangat mengenali keperibadiannya dan tidak mudah percaya dengan mimpi buruk yang dialaminya.

“Mimpi Aliff lebih teruk daripada saya. Antara mimpi pelik lain adalah dia nampak saya bergaduh tapi dengan lembaga hitam.

Siapa gerangan wanita yang hantar sihir untuk ganggu Bella Astillah, Aliff?

“Saya takut untuk kongsikan, tapi inilah dugaan yang perlu kami berdua hadapi. Mujurlah Aliff kenal saya macam mana.

“Semoga kita semua dijauhkan dengan perkara sebegini (sihir pemisah rumah tangga). Kalau ikutkan saya pun tak sanggup nak berdepan perkara ini, tapi saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian,” katanya.

Menurut Bella, dia dan Aliff enggan mencari wanita yang didakwa menghantar sihir terbabit, sebaliknya lebih fokus untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina.

“Saya tak tahu siapa yang hantar dan Aliff sendiri pun nasihatkan saya untuk fokus kehidupan akan datang. Aliff pun beritahu dia nak bimbing saya ke arah lebih baik. Jujur saya katakan ujian ini amat berat untuk saya pikul,” katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan mendedahkan dia dan keluarganya berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam selama lebih sebulan yang dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.

BACA:

Ahli Geng Kabi dipenjara 18 bulan, didenda

Gantung bendera Malaysia terbalik, lelaki Bangladesh mohon maaf

Tong gas meletup waktu goreng ikan, wanita melecur satu badan