Siapa gadis cantik di belakang Tok Ram? Netizen mula berteka-teki

Siapa gadis cantik di belakang Tok Ram? Netizen mula berteka-teki

Siapa gadis cantik di belakang Tok Ram? Netizen mula berteka-teki. Separuh akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung pada Ahad lalu nampaknya mengejutkan penonton dengan dua peserta tersingkir, Dina Nadzir dan Fuad Rahman.

Manakala Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusuf, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E berjaya mara ke final pada minggu hadapan.

Selain persembahan kesemua penyanyi tersebut berjaya memukau ramai, ternyata terdapat satu muat naik klip video pendek ini turut viral disebabkan kejelitaan seorang penonton Gegar Vaganza musim ke-9 baru-baru ini menjadi tumpuan.

Siapa gadis cantik di belakang Tok Ram? Netizen mula berteka-teki

Seorang individu yang dilihat tertarik dengan penonton jelita ini membuatkan muat naik video tersebut hangat diperkatakan ramai.

Hantaran pemilik akaun tersebut meminta untuk kuasa di aplikasi, TikTok tersebut untuk memperkenalkan dirinya kepada penonton jelita tersebut.

Kelihatan dalam video pendek tersebut memaparkan, seorang gadis jelita berada di belakang juri tetap, Datuk Ramli M.S atau turut popular dengan panggilan Tok Ram.

Tidak semena-mena, hantaran video tersebut turut tular dengan ditonton 2.8 juta kali dan ternyata ia juga menarik tumpuan selebriti dan TikToker popular, Aeril Zafrel yang jarang tidak membuatkan ramai geli hati dengan perangainya.

Gadis Itu Masuk Komen

Tapi memang rezeki lelaki itu bila gadis yang dicari telah menyedari video tersebut dan masuk komen.

Yang lebih kelakar bila ramai netizen mula membanjiri komen gadis tersebut dan meninggalkan komen ucapan terma kasih atas jasa lelaki itu.

Walaupun ramai tahu semua komen netizen itu hanya gurauan tetapi kreativiti netizen untuk buat gadis itu terpaut hati kepada lelaki itu sangat menghiburkan.

“Siap tolong bayarkan Toyota Supra haha!”

@_syafiqikhwan Wahai the power of tiktok, boleh kenalkan saya dgn gadis ini? dan kirimkan bunga dari saya buat dia ok. 🌹 Maybe we both can be a good friends 😊 #iminlove #fyp #gegarvaganza2022 ♬ Bintang di Surga – Noah

BACA:

Nad Zainal masuk ICU, ini rupanya yang berlaku

Puteri Sarah mahu bertanding dalam PRU16

Hanya 3 wakil BN, GPS menghadap Agong