Sheryl Shazwani kini sah jadi isteri Azzam

Sheryl Shazwani kini sah jadi isteri Azzam

Sheryl Shazwani kini sah jadi isteri Azzam.Hanya dengan sekali lafaz, pasangan penyanyi Sheryl Shazwani, 25 dan Azzam Sham, 25, selamat diijabkabulkan di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, semalam.

Penyanyi lagu Jika Ini Takdirnya turut berkongsi momen indah itu ketika majlis pernikahan diadakan di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, menerusi akaun Instagram dan Story miliknya.

Selain Sheryl, majlis resepsi pada hari sama turut dikongsi oleh Azzam menerusi akaun media sosialnya.

Menjengah pada perkongsian hantaran yang dimuat naik oleh pasangan berkenaan, ruang komen mereka masih dibanjiri ucapan tahniah dan doa semoga jalinan suci kekal hingga ke jannah.

Sebagai informasi, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham dan Sheryl selamat mengikat tali pertunangan pada penghujung September lalu.

Baca :Muka Reda Suami Nak Sentuh, Tapi Ditepis Tangan Isteri Jadi Perhatian
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai Hari Ini

COMMENTS