Sharifah Sakinah nak ‘try’ Meerqeen, “kakak suka, jom couple”

Sharifah Sakinah nak ‘try’ Meerqeen, “kakak suka, jom couple”. Pelakon popular, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tidak pernah lekang dengan gelagat lucunya yang sentiasa menghiburkan hati netizen.

Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @zatyrahim di laman TikToknya, kelihatan pelakon yang berusia 33 tahun itu menunjukkan perbualannya bersama aktor kacak, Meerqeen.

Kelakar lah, suka sangat mengusik!

Sharifah Sakinah nak 'try' Meerqeen, "kakak suka, jom couple"

Dalam perbualan itu, Sakinah meluahkan perasaan dengan mengajak aktor itu menjalinkan hubungan dan telah mendapat respon yang positif daripada Meerqeen.

Sharifah Sakinah nak 'try' Meerqeen, "kakak suka, jom couple"

Namun begitu, rata-rata netizen mengetahui bahawa pelakon itu hanya melawak sahaja tanpa mempunyai niat yang serius melalui perbualan mesej di laman Instagram tersebut.

Masuk air betul, terkejut tengok dia macam hantu

Susulan itu, netizen terhibur dengan sikap ‘masuk air’ Sakinah dan mereka turut meluahkan rasa terkejut apabila melihat penampilannya yang menyerupai hantu.

BACA:

Amyra Rosli selamba perli ustazah, “saya takut hilang roh salam dengan suami”

Payung terjun gagal berfungsi, tentera jatuh dari ketinggian 487 meter

Klinik gigi kena samun dengan lelaki berparang