Setelah tular isu MyUbat ini penjelasan dari HKL

Setelah tular isu MyUbat ini penjelasan dari HKL

Setelah tular isu Isu MyUbat ini penjelasan dari HKL.Isu tular di media sosial berhubung perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini, merupakan kekeliruan yang berlaku antara pengadu dan pegawai bertugas.

Pengarah HKL Dr Rohana Johan menjelaskan kekeliruan itu timbul apabila, perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan sebenarnya adalah bagi ubat tertentu, berikutan kekangan stok bekalan yang terhad.

“Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Rohana, bagaimanapun berkata perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Beliau berkata pihak HKL pada masa sama telah mengenal pasti pegawai terlibat dengan isu komunikasi itu serta tindakan sewajarnya bakal diambil bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang.

Setelah tular isu Isu MyUbat ini penjelasan dari HKL

“Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pesakit berkongsi rasa tidak puas hati berhubung perkhidmatan diberikan ketika berurusan dengan ahli farmasi di HKL.

BACA JUGA : Tular Tok Imam mandikan pencuri tabung masjid seperti jenazah.
Pelakon Ellie Suriaty terbuka hati suntik vaksin
Akhirnya seorang ustaz mengaku tak ambil suntikan dan bawa jemaah tak vaksin ke Mekah

COMMENTS