Setelah 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka

Setelah 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka

Setelah 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka.Laluan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus di sini, dibuka kepada orang ramai mulai semalam, selepas mengambil tempoh selama enam tahun bagi disiapkan.

Jalan raya tertinggi di Malaysia itu dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan trafik sebanyak 30 peratus dan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pengguna jalan raya setiap hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata laluan yang dibuka adalah konsesi yang disiapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan laluan sejauh 3.825 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM378.2 juta.

“Istimewanya projek ini terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter menjadikan ia sebagai jalan raya paling tinggi di Malaysia.

“Kerja pembinaan yang bermula pada 14 Januari 2016 itu siap pada 24 Disember tahun lalu membabitkan beberapa skop pembinaan,” katanya selepas melawat tapak dan flag-off sebagai simbolik perasmian laluan itu di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, Datuk Bandar Pulau Pinang Yew Tung Seang dan Setiausaha Bandaraya MBPP, Ir A Rajendran.

Setelah 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka

Sebelum ini, media melaporkan projek itu tertangguh beberapa kali berikutan insiden tanah runtuh, kekangan pandemik COVID-19 dan beberapa isu teknikal membabitkan kerja tambahan.

Dalam perkembangan sama, Yeow berkata, ia menjadi jalan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam menghubungkan ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan sekitarnya.

Ambil masa 6 tahun untuk disiapkan, akhirnya jalanraya tertinggi di Malaysia dibuka

“Turut disediakan lorong basikal di sepanjang jejambat jalan itu bagi memberi peluang kepada penggemar sukan berbasikal menjalankan aktiviti ini di jejambat tertinggi.

“MBPP juga merancang membina kawasan rekreasi di sini untuk memberi kemudahan kepada orang ramai beriadah,” katanya lagi.

Sementara itu, Rajendran berkata jalan itu dibina mengikut piawaian ditetapkan daripada segi keselamatan, had kelajuan dan lain-lain.

“Selain Jabatan Kerja Raya (JKR), kita juga melantik bahagian geologi bagi mengkaji keselamatan bahagian cerun di sini, ” katanya.

Projek jalan raya sepanjang 5.5km menelan belanja RM545.6 juta itu terdiri daripada tiga bahagian yang menghubungkan Paya Terubong dan Relau.

Secara keseluruhannya, tiga bahagian pembinaan itu membabitkan MBPP, syarikat Geo Valley Sdn Bhd Development dan syarikat PLB Land Sdn Bhd.

Dua bahagian oleh PLB Land dan Geo Valley bagi baki laluan masing-masing sepanjang 1.4km dan 0.8km tidak akan siap tahun ini, manakala bahagian tanah PLB dijangka siap pada 2025.

BACA JUGA :ADUN Perak akan dibebas dengan jaminan polis
Selepas dipecat PAS, ini respon Khairuddin
[VIDEO] Baru nak belagak hebat boleh angkat berat, sekali lain yang terjadi

COMMENTS