Setelah 11 tahun, kini hamil… Syura akui rasa kekok

Setelah 11 tahun, kini hamil… Syura akui rasa kekok. Selepas 11 bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Muhd Farizat, penyanyi Syura Badron berkongsikan berita gembira apabila disahkan hamil.

Memetik mStar Online, meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan Allah, Syura akui kekok apatah lagi kali terakhir dia hamil adalah pada 11 tahun lalu.

“Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun tapi Alhamdulillah dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lepas, jadi perasaan itu agak kekok seperti mengandung anak pertama.

Setelah 11 tahun, kini hamil… Syura akui rasa kekok

“Alhamdulillah kehamilan anak keempat ini tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma kadangkala saya sakit tekak dan mengalami demam,” katanya.

Sebelum ini, Syura mengumumkan berita gembira itu di Instagram memalumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan dan bakal bersalin pada Mac tahun hadapan.

Dalam pada itu, Syura berkata suaminya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menimang cahaya mata secepat mungkin kerana memahami usia penyanyi semakin meningkat

“Sebelum bernikah kami pernah bincang mengenai soal anak kerana usia saya sudah menjangkau 36 tahun… jadi banyak perkara bermain di fikiran apatah lagi suami tidak pernah berkahwin sebelum ini.

“Tapi dia sudah menegaskan bahawa dia tidak kisah seandainya kami tidak diberikan rezeki anak dan memahami keadaan saya. Bagaimanapun sebaik tahu saya disahkan hamil dia orang paling gembira,” katanya

BACA:

Lelaki ditegur suka kutip daun kering, ramai tak sangka daun bertukar jadi duit

6 negeri berhadapan risiko banjir kilat, ini amaran JPS

Hasil tangkapan laut meningkat, harga ikan kembong mula stabil