Sesi soal jawab isu logo halal kecoh bila Hanipa tanya k’jaan PN ni halal atau tidak

Sesi soal jawab isu logo halal kecoh bila Hanipa tanya k’jaan PN ni halal atau tidak

Sidang Dewan Rakyat hari ini riuh seketika apabila Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) bertanyakan sama ada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang halal.

Soalan ‘panas’ itu diajukan ketika Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Pengkalan Chepa) sedang menjawab persoalan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai), berhubung penggunaan logo halal.

Hanipa bertanya, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk meluaskan tafsiran logo halal termasuk status ‘halal’ untuk kerajaan PN.

“Adakah kerajaan sedia bercadang untuk mempertimbangkan untuk meluaskan lagi tafsiran logo halal ini?

“Contohnya, kerajaan yang tak dapat mandat boleh ke kita panggil kerajaan ini tak halal?,” soalnya ketika sesi jawab lisan hari ini.

Serentak itu juga, ahli parlimen dari pihak kerajaan kedengaran riuh membantah soalan Hanipa.

Soalan wakil rakyat AMANAH itu kemudiannya dijawab ringkas Ahmad Marzuk yang berkata, Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang halal.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/hanipa-tanya-kerajaan-pn-halal-atau-tidak/

COMMENTS