Sepasang kekasih didakwa baru bertunang dah kena cekup

Sepasang kekasih didakwa baru bertunang dah kena cekup

Sepasang kekasih di dakwa baru bertunang dah kena cekup. Sepasang bakal pengantin dicekup berkhalwat dalam satu serbuan ambang tahun baharu di sebuah hotel bajet di Durian Tunggal di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.20 pagi, pasangan berusia 25 dan 23 tahun itu antara tujuh individu yang ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Akmal Nadzim Abdullah berkata, operasi itu telah dilaksanakan sepasukan 18 penguat kuasa JAIM dan serbuan di beberapa buah lokasi di sekitar daerah Melaka Tengah serta Alor Gajah.

“Dalam serbuan itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik lebih lima minit sebelum dibuka oleh individu terbabit.

“Salah satu pasangan dicekup selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan dan hanya mendakwa mereka telah pun bertunang,” katanya pada sidang akhbar selepas serbuan di lokasi kedua di hotel bajet di Durian Tunggal, di sini.

Baca :Heliza Helmi selamat di ijab qabulkan dengan Datuk Seri

COMMENTS