Seorang Lelaki dikecam ulang pakai seluar dalam 10 kali

Seorang Lelaki dikecam ulang pakai seluar dalam 10 kali

Seorang lelaki mencetuskan perdebatan hangat di laman sosial secara tentang berapa kerap seseorang perlu menukar seluar dalam.

Lelaki asal Amerika Syarikat tersebut menggunakan Twitter untuk membuat pengakuan bahawa dia memakai seluar dalam sehingga 10 kali sebelum mencucinya.

“Marilah berkata jujur. Tiada lelaki yang memakai seluar dalam cuma sekali sebelum membasuhnya. Semua lelaki memakainya sekurang-kurangnya 3-10 kali sebelum ia dibasuh” katanya.

Bagaimanapun, lelaki-lelaki lain boleh menarik nafas lega apabila majoriti netizen tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Ramai pengikut lelaki itu di Twitter berkata bahawa mereka bukan ‘ satu kapal’ dan tidak mahu dikaitkan dengan kenyataan memalukan itu.

“Dia cuba menyamakan kita semua dengan dirinya. Terima kasihlah tetapi itu anda seorang dan bukan kami,” kata seorang netizen.

“Saya boleh memakai seluar Jean sama selama beberapa minggu jika tidak mengotorkannya. Saya juga boleh tidak menggosok gigi beberapa hari, namun saya tidak pernah mahu memakai seluar dalam sama untuk dua hari.

“Kaum lelaki bukan sebegini pengotor,” kata seorang lagi netizen.

Sementara itu, seorang wanita berkata dia jijik dengan pengakuan lelaki tersebut.

“Tolong katakan bahawa itu tidak benar. Namun, sekiranya kenyataan itu benar, terima kasihlah kerana saya tidak akan berkongsi tempat tidur dengan lelaki lagi selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun , ada seorang netizen yang mempertahankan kenyataan asal tersebut.

“Saya rasa dia jarang mandi. Dia akan menukar seluar dalamnya setiap kalin selepas mandi,” kata netizen itu

Berita Penuh https://www.kosmo.com.my/2021/06/09/lelaki-dikecam-ulang-pakai-seluar-dalam-10-kali/

COMMENTS