Seorang ahli MIC di siasat polis dakwaan gangguan seksual

Seorang ahli MIC di siasat polis dakwaan gangguan seksual

Ahli MIC di siasat polis dakwaan gangguan seksual.Polis sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang ahli MIC Sungai Siput terhadap seorang wanita yang juga setiausaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, wanita terbabit mendakwa seorang ahli MIC telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan membuka seluarnya dalam kejadian itu.

Beliau berkata, wanita terbabit ketika itu sedang melawat sebuah kawasan perumahan di Sungai Siput untuk meninjau isu longkang di sana.

“Saya mengesahkan bahawa telah menerima laporan polis pada 25 Nov dan kami telah membuka kertas siasatan.

Menurut laporan FMT “Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya menurut laporan Malaysiakini.

Untuk rekod, Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kes ugutan jenayah dan wanita berkenaan telah membuat laporan polis itu pada 25 Nov lalu.

Dalam laporan polis itu, wanita terbabit berkata dia bersama ahli NGO dan pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) melawat kawasan perumahan itu setelah menerima aduan daripada penduduknya mengenai masalah longkang tersumbat.

Kata wanita itu, dia dihalang dan cuba dihalau oleh beberapa ahli MIC yang berkumpul di tempat kejadian yang mendakwa mereka sedang cuba menyelesaikan isu longkang berkenaan dan memberi amaran kepada NGO tersebut supaya tidak campur tangan.

Berdasarkan laporan polis, rombongan NGO tersebut tidak berganjak dan keadaan menjadi tegang apabila seorang anggota MIC menggunakan kata-kata kesat dan membuka seluar di depan wanita tersebut.

Sementara itu, Pengerusi MIC Sungai Siput K Manimaran menafikan dakwaan wanita terbabit.

“Saya berada di situ ketika insiden itu berlaku dan dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada sebarang gangguan seksual dilakukan oleh anggota kami.

“Wanita itu sengaja mencipta dakwaan palsu untuk mendapatkan simpati daripada penduduk di situ,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga memberitahu MIC akan membuat laporan polis esok sambil membincangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita terbabit.

BACA: Tular Video lelaki “bogel” panjat lori berhenti

COMMENTS