Senarai bantuan yang akan diterima sepanjang September 2022. Bulan September 2022 baru sahaja menjelma. Dengan kenaikan kos sara hidup makin meningkat saban hari, pastinya satu lagi bulan yang perit perlu dilalui.
Apatah lagi bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan dan badan-badan yang lain.
Di sini, kami kongsikan beberapa bantuan yang akan diterima oleh rakyat Malaysia pada bulan September 2022.
Senarai Bantuan Diterima Rakyat Malaysia 2022
BKM
Pastinya yang mendahului senarai adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM dijangka akan dibayar kepada penerima pada minggu kedua bulan September 2022. Untuk melihat jumlah yang akan diterima, klik sini.
Bagi golongan pelajar yang lulus peranti siswa, akan menerima sebuah tablet jenama Samsung model Samsung Tab A8 LTE.
Jika ada yang masih belum memohon, permohonan dibuka sehingga 30 September 2022.Maklumat lanjut Peranti Siswa.
Buat warga emas, bantuan pembayaran akan diteruskan pada bulan September 2022 ini.
Penerima yang lulus Mysalam juga akan terus dikreditkan pembayaran ke dalam akaun masing-masing.
Ini bukan bantuan kewangan, namun satu pelepasan yang tidak patut dibiarkan. Kepada anda yang membeli telefon pintar, komputer, atau tablet pada bulan ini. Simpan resit bagi mendapatkan pelepasan cukai indidividu. Ini kerana pelepasan cukai ini akan berakhir pada 31 Disember 2022.
Bagi golongan OKU yang bekerja pula, akan tetap menerima elaun bulanan mereka yang berjumlah sehingga RM450 sebulan. Jumlah dan cara mohon elaun ini boleh dilihat di sini.
Semoga senarai bantuan ini dapat membantu anda untuk terus melalui hidup anda dengan lebih kuat di masa akan datang.
BACA:
Nama Najib belum ada dalam senarai penjara? Menteri enggan ulas
Gagal jawab dua soalan matematik, guru denda murid hingga maut