Selepas Video Tular Jemaah Solat Jumaat, Masjid Putra Tampil Perjelas Hal Sebenar

Selepas Video Tular Jemaah Solat Jumaat, Masjid Putra Tampil Perjelas Hal Sebenar

Selepas Video Tular Jemaah Solat Jumaat, Masjid Putra Tampil Perjelas Hal Sebenar.Pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya tampil memberi penjelasan mengenai sebuah video yang tular di media sosial mengenai dakwaan layanan berbeza kepada Jemaah yang hadir solat Jumaat pada semalam.

Menerusi satu kenyataan media, pihak Masjid Putra menjelaskan bahawa pengurusan kehadiran jemaah sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa..

”Bagi Solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

“Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kouta untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid.

 Video

“(Ia adalah) bagi memudahkan pihak pengurusaan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kouta yang ditetapkan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Bagaimanapun, Masjid Putra mengakui pihaknya sering menerima kehadiran jemaah yang melebihi kapasiti sepatutnya pada seawal pukul 11 pagi lagi untuk Solat Jumaat sejak beberapa minggu lalu.

“Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid (lantas) menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

“Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para jemaah secara baik mengenai perkara tersebut,” tambahnya lagi.

Menurut kenyataan, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya-upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan dan memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku.

“Justeru kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi.

“Sebarang cadangan dan maklum balas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

”Pihak Masjid Putra memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini,” tambahnya.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753515/tiada-layanan-dua-darjat-di-masjid-putra

BACA: Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri

COMMENTS