Selepas tular terjun dari kereta bergaduh dengan kekasih ini penjelasan pemandu Myvi

Selepas tular terjun dari kereta bergaduh dengan kekasih ini penjelasan pemandu  Myvi

Selepas tular terjun dari kereta bergaduh dengan kekasih ini penjelasan pemandu Myvi.“Bukan pasangan bercinta bergaduh tetapi kena gangguan”

Itulah perkongsian seorang pemilik kereta Myvi yang tular didakwa bergaduh dengan kekasih sehingga menyebabkan wanita berkenaan nekad untuk terjun dari kereta.

Menerusi pengakuan yang dibuat melalui saluran Youtube Amirul Syakir semalam, dia menafikan mereka pasangan kekasih dan menjelaskan wanita tersebut terkena gangguan semasa dalam perjalanan untuk mencari barang.

“Di sini saya jelaskan kami bukan pasangan bercinta dan hanyalah rakan sekerja, ketika itu kami keluar mencari barang-barang untuk buat ‘content’.

“Ketika itu dia terkena gangguan sehingga suaranya berubah, semasa saya tengah bawa kereta dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan,” katanya semalam.

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita bertindak terjun daripada kereta selepas dipercayai bergaduh dengan pasangannya.
Tambahnya lagi, ketika kejadian dia tidak sempat untuk menarik rakannya itu kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

tular

“Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai ‘seat belt’, tiba-tiba dia hilang.

“Rupa-rupannya dia dah di seberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan terus buat pusingan U untuk mencarinya,” jelasnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesihatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan klip video terbabit tanpa usul periksa.

“Anggap sahaja ia sebagai ujian dari Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan selama ini, belajar memahami dan terima dengan hati terbuka mugkin dengan ujian yang di beri salah satu jalan untuk dekatkan diri kepada Allah,” kata Mentadak Mentadu.

“Sekarang ini fitnah mudah sangat berleluasa. Belum siasat dah sebarkan, semoga keknan dan keluarga dipermudahkan urusan. Anggap benda ini ujian dari Allah S.W.T,” jelas Syahaddah Nik Nor.

“Semoga kalian dipermudahkan segala urusan, buat wanita itu saya doakan semoga awak sihat dan dijauhi segala penyakit atau buatan orang,” ujar Aqillah Balqis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tentang kejadian pasangan yang didakwa sedang bergaduh dengan kekasih sehingga membuatkan wanita itu nekad untuk terjun dari kereta

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/05/bukan-bergaduh-tapi-terkena-gangguan-pemandu-myvi/

BACA: Video Gadis terjun kereta selepas bergaduh dengan kekasih

COMMENTS