Selepas Tular sotong “Kayangan” ini penjelasan restoran

Selepas Tular sotong “Kayangan” ini penjelasan restoran

Selepas Tular sotong “Kayangan” ini penjelasan restoran. sotong goreng berharga RM100, pemilik restoran kesal pelanggan viralkan.“Harga RM100 itu untuk dua ekor sotong dan sepatutnya pasangan pelanggan tersebut patut suarakan ketidakpuasan hati mereka ketika membuat bayaran daripada tularkan isu itu,” kata Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim.

Muhammad Riyaaz berkata, dia hanya tahu mengenai sotong goreng di restorannya didakwa dijual pada harga tidak munasabah selepas melihat perkara itu tular di media sosial lewat malam semalam.

Jelasnya, dia terkejut resit restoran serta gambar sotong goreng itu ditularkan dengan kapsyen tertentu sedangkan pelanggan tersebut tidak menyatakan sebarang ketidakpuasan hati ketika membelinya pada waktu tengah hari.

“Saya sendiri yang mengambil pesanan daripada dua pelanggan itu semalam dan mereka tidak tanya harga hidangan masing-masing malah diam saja ketika membuat pembayaran.

“Mereka tidak patut tularkan isu tersebut kerana pelanggan boleh lihat di paparan skrin ketika membuat pembayaran.

“Sekiranya mereka (pelanggan) tidak puas hati dengan harga itu mereka boleh tukarkan dengan lauk lain, tiada paksaan kepada pelanggan wajib ambil itu,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di restorannya di Lebuh Campbell di sini, hari ini.

Tular

Mengulas lanjut Muhammad Riyaaz berkata, terdapat paparan tanda harga yang jelas diletakkan di restoran berkenaan mengenai harga sotong goreng antara RM10 hingga RM150 mengikut saiz.

“Selain itu, rempah serta bahan yang digunakan untuk menggoreng sotong itu semua merupakan produk asli,” katanya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati pelanggan masih ramai beratur untuk menjamu selera di restoran tersebut walaupun isu harga hidangan sotong goreng tidak munasabah tular di media sosial.

Turut kelihatan dua penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang turut berada di lokasi bagi melakukan pemantauan dan siasatan berkaitan isu sotong goreng tersebut.

Bagaimanapun, pegawai berkenaan enggan mengulas lanjut berhubung kehadiran mereka.

Terdahulu, tular satu posting di Facebook yang dikongsikan seorang lelaki berhubung pembelian dua bungkus nasi kandar berlaukkan sotong goreng berharga RM100.

Menerusi posting itu, lelaki berkenaan turut mengingatkan orang ramai berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di Pulau Pinang susulan harganya yang mahal.

BACA: Pafa pecat 11 ahli gabungan

COMMENTS