Selepas tular ikan siakap harga kayangan ,pemilik restoran tampil perjelaskan

Selepas tular ikan siakap harga kayangan ,pemilik restoran tampil perjelaskan

Selepas tular ikan siakap harga kayangan ,pemilik restoran tampil perjelaskan.Pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan siakap bernilai lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini, menyatakan pelanggan tersebut yang memilih ikan tersebut walaupun telah diberitahu saiz ikan adalah sangat besar.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, dia sendiri yang mengambil pesanan daripada pelanggan tersebut.

 

“Saya sudah menerangkan kepada pelanggan bahawa ikan tersebut biasanya tidak dijual, tetapi dibela sebagai salah satu pertunjukan di situ.

Ikan

“Saya telah mencadangkan pelanggan tersebut untuk mengambil ikan lain seperti siakap merah dan kerapu yang saiznya sekitar satu hingga 1.5 kilogram (kg), yang lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” katanya apabila dihubungi di sini, hari ini.

Resit ditunjukkan lelaki itu apabila mendakwa terpaksa membayar RM1196 bagi seekor ikan siakap di Langkawi.
Jelasnya, semasa kejadian, dia telah meminta pelanggan tersebut untuk melihat sendiri ikan tersebut sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Tambahnya, harga bagi ikan siakap tersebut juga sudah dinyatakan di dalam menu, sebanyak RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Norasyikin turut menafikan dia ada mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan tersebut.

Katanya, pesanan pelanggan tersebut mempunyai dua helai resit masing-masing berjumlah sebanyak RM1759.50 dan RM93, namun pelanggan tersebut hanya memuat naik resit yang lebih tinggi nilainya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tular gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar 7 kg.

 

Baca :Mak oi !!! Ikan siakap harga kayangan di Langkawi

COMMENTS