Selepas Gardenia, Massimo pula di laporkan naik harga

Selepas Gardenia, Massimo pula di laporkan naik harga

Selepas Gardenia, Massimo pula di laporkan naik harga.Selepas Gardenia Bakeries menaikkan harga produknya pada 1 Dis tahun lepas, kini pesaingnya, The Italian Baker turut mengambil langkah sama.

Harga baharu untuk pengguna termasuk White Sandwich 400g adalah RM2.80 sebuku (naik daripada RM2.38), White Sandwich 600g RM4 (naik daripada RM3.35), Wheat Germ 400g RM3 (naik daripada RM2.48).

Selain itu, harga Wheat Germ 600g naik kepada RM4.25 (sebelum RM3.71). Harga baharu lain termasuk RM4.10 untuk produk 100% Whole Wheat dan ban krim Duetto pula berharga RM1.

Gardenia

Kenaikan harga produk roti dan bakeri lain bawah jenama Massimo itu berkuat kuasa semalam, menurut satu notis syarikat itu kepada peruncit yang dilihat FMT.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dihubungi FMT berkata pihaknya akan menyiasat kenaikan harga itu

FMT turut menghubungi The Italian Baker untuk mengulas perkara itu.

Terdahulu, berkuat kuasa 1 Dis lalu, Gardenia menaikkan harga pelbagai produk roti dan bakerinya dengan menyatakan kenaikan itu disebabkan harga bahan mentah dan pengangkutan yang meningkat.

Baca :Wanita dikecam bantu ‘Abang Viva’, tampil beri penjelasan

COMMENTS