Selepas dipecat PAS, ini respon Khairuddin

Selepas dipecat PAS, ini respon Khairuddin

Selepas dipecat PAS, ini respon Khairuddin. Ini adalah tulisan di facebook rasmi Khairuddin Takiri,

Muafakat Nasional yang dimenterai pada 14.9.2019 telah berjaya mendamaikan dua kelompok umat Islam Melayu yang “berperang” lebih 41 tahun sejak 1978 kerana politik. Ramai yang menangis kesyukuran kerana perpaduan ini.

Ia bukan isu perpaduan pemimpin kerana pemimpin politik meskipun bergaduh masih boleh duduk semeja makan dan minum senyum dan tawa tetapi ia melibatkan hubungan ahli marhaen yang lurus dan tulus dengan parti masing-masing.

Selepas dipecat PAS, ini respon Khairuddin

BACA:Buah ini bernilai RM3,000 sekilo, budak-budak selalu buat main

Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk memperkasakan dan menyuburkan lagi perpaduan yang telah berjaya dibina ini kerana perpaduan antara umat Islam dari dua kelompok besar melebihi 4 juta ahli ini pada hukum Syaraknya wajib diusahakan bukannya sunat.

Mereka yang cuba merobohkan perpaduan ahli dua parti Melayu Islam tentulah mereka yang berkepentingan diri dan berhawa nafsu duniawi bukan demi kepentingan umat.

Dr Khairuddin Takiri
Jumaat 14hb Januari 2022

BACA JUGA : [VIDEO] Baru nak belagak hebat boleh angkat berat, sekali lain yang terjadi
Kalau dah jodoh tak kemana, dulu selalu ‘Membawang’ sama-sama

COMMENTS