Selepas dikecam video disuntik doktor Lelaki, Mia Sara Tampil perjelaskan

Selepas dikecam video disuntik doktor Lelaki, Mia Sara Tampil perjelaskan

Selepas dikecam video disuntik doktor Lelaki, Mia Sara Tampil Sekolahkan Netizen. Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan merupakan seorang pelakon cilik yang pernah mencuri perhatian masyarakat dengan bakatnya.

Pelakon kanak-kanak yang kini berusia 16 memulakan karier lakonannya pada tahun 2008 selain turut membintangi pelbagai filem serta drama.

Namun, pelakon yang membintangi drama berjudul Adamaya itu pernah terpalit dengan kontoversi berhubung dengan pemakaian tudung.

Selain itu, dia juga turut mendedahkan bahawa terdapat syarikat produksi yang pernah menyuruhnya untuk membuka tudung bagi menyesuaikan watak yang ditawarkan.

Netizen persoal Mia Sara disuntik doktor lelaki

Baru-baru ini, Mia telah berkongsikan satu rakaman video dirinya menerima suntikan vaksin dos pertama di sebuah Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPVM).

Perkara itu dimuat naiknya di aplikasi TikTok memaparkan dirinya disuntik oleh seorang doktor lelaki di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor semalam

@miasaranasuha

1st dose done ✅ batch 05 HAHAHAH i just saw a kid raging on tiktok bcs he’s/she’s too young to be vaccinated 😂

♬ love nwantiti (feat. Dj Yo! & AX’EL) [Remix] – CKay


Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian daripada netizen yang menganggap pelakon cilik tidak sepatutnya mendapatkan suntikan dari doktor lelaki.

Ruangan komen pada video tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai hujahan dan tomahan oleh kerana Mia merupakan seorang gadis bertudung.

Mia sara tampil beri respon

@miasaranasuha1st dose done ✅ batch 05 HAHAHAH i just saw a kid raging on tiktok bcs he’s/she’s too young to be vaccinated 😂♬ love nwantiti (feat. Dj Yo! & AX’EL) [Remix] – CKay

Berhubung dengan perkara itu, Mia Sara telah tampil memberikan maklum balas selepas dikecam oleh netizen selepas memuat naik video tersebut.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, dia yang berasa hairan dengan kecaman itu bagaimana berkata bahawa mendapatkan suntikan dari doktor lelaki bukanlah kemahuannya.

Menurutnya lagi, perkara tersebut bukan berada di luar bidang kuasanya memandangkan tiada siapa yang dapat menentukan siapa doktor yang akan menjalankan tugas itu.

Kenapa anda semua marah apabila melihat doktor yang menjalankan tugas itu adalah lelaki? Anda tahu saya tidak boleh memilih.

Kalau ia bertujuan untuk perubatan, itu bukan menjadi satu kesalahan.

Tambahnya lagi, dia juga turut meminta agar netizen mengkaji terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen mengenai sesuatu perkara.

Sumber: https://ohmedia.my/ohartis/dikecam-selepas-disuntik-doktor-lelaki-mia-sara-tampil-sekolahkan-netizen/

BACA: (Video)Tular Lelaki Berani Tangkap Buaya Guna Tong Sampah

COMMENTS