Selepas dikaitkan dengan pelancaran Parti Negara Malaysia,Ini penjelasan Zuraida.

Selepas dikaitkan dengan pelancaran Parti Negara Malaysia,Ini penjelasan Zuraida.

Selepas dikaitkan dengan pelancaran Parti Negara Malaysia,Ini penjelasan Zuraida.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin enggan mengulas penubuhan platfom baharu politik yang dikenali sebagai Parti Negara Malaysia (PNM) yang dikaitkan dengan beliau.

Sebaliknya, ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dicetuskan mengenai penglibatan beliau dalam parti baharu itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, perkara itu saling tidak ubah sekadar desas-desus.

“Desas-desus… desas-desus… desas-desus lah…” ringkas kata Zuraida dalam sidang media selepas majlis penyerahan dokumen Kenaf Grading Standard di Galeri Kenaf, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian di sini, pada Ahad.

dikaitkan

Terdahulu sumber memaklumkan sebuah parti politik yang diterajui beliau akan ditubuhkan pada akhir bulan ini.

Parti politik baharu itu terbuka menerima menerima keahlian pelbagai kaum dengan penubuhannya bertitik tolak pada tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak menerima sebahagian daripada ahli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyokong Zuraida serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Media difahamkan, penubuhan parti baharu itu bagi membolehkan penyokong beliau dan penyokong Azmin bergerak dalam sebuah platform selepas tersingkir sebagai ahli PKR.
PNM, bagaimanapun, difahamkan akan kekal berada dalam blok dan menjadi penyokong kerajaan hari ini.

Sumber turut mendakwa, beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak menyokong PKR juga akan akan menyertai parti baharu itu.

Astro AWANI difahamkan, pengenalan dan pelancaran parti baharu itu akan dibuat di ibu negara hujung bulan ini.

Untuk rekod, Zuraida dan Azmin kini merupakan ahli Bersatu selepas disingkirkan daripada PKR

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/benarkah-parti-negara-malaysia-akan-dilancarkan-tidak-lama-lagi-ini-penjelasan-zuraida-323315

BACA: Ini Punca Kassim Selamat Dan Sabariah Jatuh Miskin Lepas Dihalau Nyonya Mansor

COMMENTS