Selepas 21 tahun mencari, anak akhirnya dapat peluk lelaki bergelar bapa

Selepas 21 tahun mencari, anak akhirnya dapat peluk lelaki bergelar bapa

Selepas 21 tahun mencari, anak akhirnya dapat peluk lelaki bergelar bapa.pertemuan di antara seorang anak dan bapa yang telah 21 tahun terpisah mendapat perhatian ramai di TikTok.

Video yang dimuat naik oleh si anak mengimbau kembali detik pertemuan dengan bapa kandungnya yang dicari selama ini.

Perkongsian tersebut meraih hampir 80,000 tontonan di platfom berkenaan.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Azreen Shamsul Bahri, 21, berkata, dia dan kakaknya, Zainurrah, 23, terpisah dengan bapa kandung mereka sejak kecil lagi.

Jelasnya, mereka terpisah kerana ibunya Ros Fariza Ngamin, 46, bercerai dengan bapanya, Shamsul Bahri Mohamed, 56, pada tahun 2001 dan sejak itulah mereka terputus hubungan.

“Kami dua beradik, saya ada seorang kakak. Tetapi sejak ibu dengan ayah bercerai, dari situlah bermula kami semua lost contact dengan ayah.

“Masa tu saya berumur lapan bulan dan kakak pula berusia dua tahun. Ibu nikah lain pada tahun 2004, jadi kami berdua tinggal dengan ibu dan ayah tiri.

Selepas

“Saya tak pernah tengok muka ayah, gambar pun tak ada. Hanya kakak je yang pernah tengok ayah dan masih ingat muka dia.

BACA: Tiada ‘layanan dua darjat’ bagi jemaah ke masjid- Timbalan Menteri

“Dulu pernah cari ayah tapi tak ada rezeki lagi nak jumpa sebab waktu tu tak senang nak viral macam sekarang ni,” ujarnya yang berasal dari Bagan Datuk, Perak dan kini menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih mesra disapa Ayein, dia berkata, pelbagai usaha mencari bapa kandungnya telah dilakukan namun tiada satu pun yang berhasil.

Bagaimanapun, ia berubah apabila Ayein berjaya mendapatkan nombor telefon ibu tirinya yang merupakan rakan Facebook kepada salah seorang anak saudara bapanya.

“Selama ni memang ada cari ayah, cuma rezeki tak menyebelahi kami adik-beradik. Memang tak putus asa mencari, kami ‘trace’ IC dia di JPN dan Alhamdulillah dah update alamat baru

“Tetapi lagi sekali rezeki tak menyebelahi kami, ayah dah pindah rumah. Nasib baiklah kami dapat bantuan anak buah ayah yang tolong dapatkan nombor telefon isteri barunya, Alhamdulillah dah dapat berjumpa semula.

BACA: Selepas Video Tular Jemaah Solat Jumaat, Masjid Putra Tampil Perjelas Hal Sebenar

“Kami menangis bila dapat telefon dan dengar suara ayah… langsung tak sangka setelah 21 tahun terpisah. Ayah terkejut bila dapat tahu anak-anak dia call, kami berborak dalam tiga minit je sebab ayah ajak jumpa keesokan harinya, biar puas bercerita di rumahnya,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Ayien mengakui pada mulanya berasa sedikit kekok kerana tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa, namun berasa sangat gembira apabila akhirnya dapat disatukan semula dengan bapa kandungnya.

Dalam pertemuan yang telah diaturkan pada Rabu lalu itu, bapanya turut mengalirkan air mata dan memeluk kedua-dua anaknya sejurus selepas mereka memasuki rumah yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

BACA: Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri

“Perasaan bila dapat jumpa dengan ayah tu gembira sangat sebab dapat peluk bapa kandung sendiri. Usaha saya dan kakak tak sia-sia selama ni.

“Ayah menangis dan peluk kami berdua kuat sangat selepas dah masuk rumah, selama ni dia cuma tengok gambar kami masa kami kecil je. Dia sangat gembira sebab dapat jumpa dua anak perempuannya yang sudah lama terpisah.

“Kakak tak kekok pun bila dengan dia, sebab dulu pernah sekejap dapat kasih sayang ayah. Cuma saya je la yang terasa kekok sebab saya tak pernah jumpa mahupun lihat gambar ayah, tapi lepas tu okay je kami bergurau.

“Ayah dulu pernah cakap dekat anak-anak dia (dengan isteri baharu) yang mereka ada kakak, tapi kakak duduk jauh. Sekarang dah dapat jumpa kakaknya, mereka gembira sangat dan memanggil saya ‘kakak’.

“Ibu cakap Alhamdulillah dah jumpa, dia tumpang gembira kalau anak-anaknya gembira,” katanya yang telah dua tahun bekerja sebagai seorang guru taska di Salak Selatan, Kuala Lumpur.

Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, dia tidak sangka diberi peluang untuk bertemu semula dengan bapa kandungnya setelah 21 tahun terpisah.

Malah, Ayein bersyukur kerana kedua-dua belah keluarga masih boleh menerima antara satu sama lain.

“Memang tak pernah jangka langsung dapat jumpa ayah. Saya bersyukur kerana semuanya okay, kedua-dua belah pihak boleh terima antara satu sama lain.

“Dulu pernah juga terfikir andai ayah dah tak ada, dapat tengok kubur pun dah okay. Tetapi siapa tahu perancangan Allah tu indah kan?

“Bila dah sampai masa tu, kami anak beranak dipertemukan semula. Jangan berputus asa untuk cari kebahagiaan yang hilang, InsyaAllah sampai masa Allah tu akan temukan kalian dengan kebahagiaan yang dicari selama ini.

“Saya doakan kepada sesiapa yang masih mencari keluarga kandung akan dipermudahkan segala urusan mereka,” katanya.
Berita penuh : https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2021/09/13/rezeki-selepas-21-tahun-mencari-anak-akhirnya-dapat-peluk-lelaki-bergelar-bapa—kami-borak-di-telefon-tiga-minit-je-ayah-ajak-jumpa#cxrecs_s

COMMENTS