Selepas 13 hari bersembunyi akhirnya Long Tiger berjaya diberkas

Selepas 13 hari bersembunyi akhirnya Long Tiger berjaya diberkas

Selepas 13 hari bersembunyi akhirnya Long Tiger berjaya diberkas.Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis.

Difahamkan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sekitar Johor Utara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini esok.

 Long Tiger

Tular satu video Menteri kantoi berposing sakan cuci simen bersih guna waterjet

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan lelaki berketurunan Rohingya, Long Tiger berjaya ditahan di Sungai Petani, Kedah.

Memberitahu Utusan Malaysia, Abd. Jalil berkata, tangkapan dilakukan dalam satu operasi khas yang dilaksanakan bagi memburunya.

“Ya, dia ditahan di Sungai Petani. Ketua Polis Johor akan keluarkan kenyataan mengenai perkara itu,” katanya ringkas.

Terdahulu Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.

Baru-baru ini Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada Long Tiger.

Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.

Malah, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sementara itu, Long Tiger juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.
Rakan mangsa mati digilis kereta api kini diburu polis
Ramai puji kecantikan isteri Fizo Omar, komen Mawar jadi perhatian Netizen

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan

BACA:Timbunan emas banyak di jumpai di jalur tengah
Trafik yang sibuk terpaksa dihentikan serta merta gara – gara seekor ular
Bekas isteri dakwa pelakon bawa lari anak-anak ‘Habis semua pakaian dia angkut’

COMMENTS