Selamat tinggal Angry Birds Activity Park di Johor, bakal tutup sepenuhnya setelah 6 tahun beroperasi

Selamat tinggal Angry Birds Activity Park di Johor, bakal tutup sepenuhnya setelah 6 tahun beroperasi

Sebut sahaja Johor, mesti anda sudah terbayang pelbagai taman tema yang ada di sekitarnya. Mana tidaknya, banyak taman tema telah dibina di Johor menjadikan ia lokasi strategik untuk mereka yang mencari keseronokkan.

Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, Angry Birds Activity Park yang terletak di Johor Bahru akan tutup operasi taman temanya secara rasmi pada 5 April 2021 ini.

Pihak Angry Birds Activity Park turut mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang memberikan sokongan kepada pihaknya sepanjang 6 tahun beroperasi.

Pastinya para peminat Angry Birds yang belum berkesempatan mahu berkunjung ke taman tema ini akan berasa kecewa. Malah, para pengunjung yang pernah ke sini memiliki 1001 kenangan manis ketika berkunjung ke sini. Apa kata anda kongsikan kenangan anda ketika berkunjung ke sini.

Sumber:

COMMENTS