Sekali tengok macam gengster, kisah sebenar lelaki ini buat akak ini mengalir air mata

Sekali tengok macam gengster, kisah sebenar lelaki ini buat akak ini mengalir air mata

“Kali pertama saya tengok abang ni, tertanya tanya dalam hati.”

“Bekas gangster kah dia ni? Cincin, tali pinggang macam peluru M16, mask tengkorak, kasut ada besi. Motor dia toksah cerita lah. Semua tempat modified.”

“Bulan puasa ni saya nampak dia hari-hari datang ambil nasi.”

“Dia minta 2 bungkus sebab isteri sakit”

“Kelmarin Kak Yatie cerita, lelaki ini seorang insan istimewa. Zaman sekarang ni sangat payah nak jumpa.”

“Dia sangat bertanggungjawab”

“Semasa isterinya sakit, koma di hospital. Dia bawa anak-anak tidur di hospital juga. Tak tinggal isterinya walau sekejap.”

“Sekarang ni isteri dia kena potong dua belah kaki. Diabetes.”

“Dia yang uruskan semua. Bagi mandi, makan, cuci semua. Jaga anak-anak lagi.”

“Ya Allah. Saya rasa berdosa sangat kerana anggapan saya kali pertama.”

“Sekarang ni bila jumpa dia, saya akan pandang dan senyum dengan semanis mungkin.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitulah sedikit cerita dari Team Rumah Makan Percuma kami. Ya Allah bantulah kami. Untuk membantu orang lain. Terima kasih Wan Fazlina Wan Fhuad atas luahan dan tulisan ini.

Mommy bagi special kepada abang ni. Satu keluarga akan diberi makanan percuma. Selagi dia sudi datang ambil. Dan selagi sudi makan makanan dari Rumah Makan Percuma @RMP

Hari ni hari Sabtu. Mommy sedih. RMP tutup. Dimana lah dia dan keluarga nak dapatkan makanan untuk berbuka nanti.

Sumber :

COMMENTS