[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula zul ariffin zul ariffin kahwin biodata zul ariffin zul ariffin wife isteri zul ariffin zul ariffin dan ruhainies drama zul ariffin instagram zul ariffin zul ariffin ig[/bg_collapse]
Sekali lagi Zul Ariffin buat hal, kali ini dengan pelakon lain pula. Baru-baru ini, aktres Ruhainies menghasilkan satu video gimik bagi mempromosikan produk kesihatan miliknya dengan menampilkan aktor Zul Ariffin sebagai pasangan dalam sebuah majlis perkahwinan.
Lihat siaran ini di Instagram
Selepas seminggu berlalu, seorang pengguna aplikasi TikTok @fyzalbabjan memuat naik klip antara di sebalik tabir pembikinan video tersebut yang memaparkan aksi ‘romantis’ Zul bersama aktres berusia 30 tahun itu.
Klip berdurasi 17 saat itu kelihatan aktor filem Penunggang Agama baring di atas paha Ruhainies sambil melelapkan mata selain disaksikan oleh beberapa individu yang lain.
@fyzalbabjan Love @ruhainies777 🌹
Ruhainies kemudian dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur dengan lena.
Bagaimanapun, klip meraih 1.8 juta tontonan itu menerima ribuan kritikan netizen yang kurang senang apabila melihat batas pergaulan kedua-dua pelakon sebagai seorang Muslim.
Selain itu, tidak kurang juga terdapat netizen berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.
Rasa macam dah nikah?
Lain aura, nampak macam suami isteri?
Dah boleh kahwin tu
Tak takut dosa ke?
Normal la kehidupan artis
Terdahulu, Ruhainies memuji tindakan Zul yang tampil memohon maaf selepas kontroversi video babak panas dengan pelakon baru Siti Hariesa yang dilakonkan menerusi drama Perempuan itu.
Ruhainies berkata, aktor tersebut adalah profesional dan sudah pasti akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
TONTON :
BACA:
Cara elak anak tengok iklan lucah di Youtube, hanya ubah setting ini
Liyana Jasmay dilihat berdoa cara orang kristian
Kecoh data pengguna Mysejahtera dijual, ini respon KJ