Seekor paus pembunuh dilaporkan Cuba bunuh diri

Seekor paus pembunuh dilaporkan Cuba bunuh diri

Seekor paus pembunuh dilaporkan Cuba bunuh diri. Sebuah video memaparkan aksi seekor paus pembunuh melompat keluar dari tangki gergasi menjadi perdebatan hangat dalam kalangan aktivis haiwan yang mendakwa bahawa kejadian itu adalah cubaan membunuh diri, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Berdasarkan rakaman yang tular sejak tahun 2016 itu, paus bernama Morgan itu dilihat tidak bergerak selama 10 minit ketika terdampar di tepi tangki.

Aktivis-aktivis haiwan menyuarakan kebimbangan terhadap mamalia itu yang menurut mereka, ia tidak berasa gembira berada di Zoo Loro Parque, Kepulauan Canary.

Paus

Terdapat video lain yang memaparkan Morgan berulang kali menghentak kepalanya pada pagar besi.

“Ini adalah satu daripada banyak contoh yang memberitahu kita tentang apa yang tidak betul dengan aktiviti penangkapan haiwan seperti ini.

“Kita tidak akan melihat sikap aneh seperti ini dalam habitat semula jadi,” kata pertubuhan kebajikan dan perlindungan ikan lumba-lumba, Projek Dolfin.

Sehingga kini, masih tidak dapat dijelaskan apa yang cuba dilakukan oleh Morgan, namun pakar-pakar tidak menolak kemungkinan ia cuba mencederakan dirinya.

Sementara itu, pengurusan Zoo Loro Parque menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan, tindakan Morgan itu adalah normal.

“Membiarkan badan terdampar seperti itu adalah tindakan normal yang sering dilakukan paus pembunuh apabila ia berburu di habitat semula jadi.

“Ia bukannya tidak gembira. Banyak benda yang boleh ia lihat apabila berada di luar tangki,” ujar Pengarah Loro Parque, Wolfgang Rades.

Morgan ditangkap di Laut Wadden, luar pesisir pantai Belanda dan ‘ditawan’ pada tahun 2010 selepas ditemui dalam keadaan kekurangan zat

Berita penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/09/21/paus-didakwa-cuba-bunuh-diri-kerana-tertekan/

BACA:Video Detik Ikan Jerung Ditelan ‘Ikan Gergasi’

COMMENTS