Sebuah ‘pondok misteri’ yang dikesan di permukaan Bulan

Sebuah ‘pondok misteri’  yang dikesan di permukaan Bulan

Sebuah ‘pondok misteri’ yang dikesan di permukaan Bulan oleh kenderaan jelajah rover milik China telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pakar-pakar angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover Yutu-2 merakam imej objek berbentuk kiub itu 79 meter di sebuah lokasi di sisi gelap Bulan.

Pentadbiran Angkasa Lepas Negara China, Our Space menyifatkan imej itu sebagai ‘pondok misteri’.

“Kami mempunyai perkembangan dari Yutu-2 di bahagian hujung Bulan, termasuk sebuah kiub yang terletak kira-kira 80 meter dari rover berkenaan di kawah Von Kármán,” kata wartawan, Andrew Jones.

Penemuan terbaharu itu berlaku ketika persaingan angkasa lepas antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat selepas seorang saintis terkemuka China berkata, negaranya akan menghantar angkasawannya ke Bulan buat kali pertama sebelum 2030.

BACA: Pemuda saman Facebook RM634.5 bilion

COMMENTS